7 Kesilapan Dalam Istihar Cukai
7 KESILAPAN MUDAH DALAM PENGISYTIHARAN CUKAI YANG MESTI DIELAKKAN
1. Kesilapan memilih jenis taksiran bersama sedangkan memilih taksiran berasingan adalah lebih menjimatkan. Jauh lebih jimat.
2. Kesilapan dalam menuntut pelepasan anak yang belajar di matrikulasi atau program asasi dengan menuntut pelepasan anak belajar di universiti.
3. Kesilapan ketika membuat tuntutan takaful hayat yang mana polisi tersebut adalah untuk anaknya, bukan diri atau pasangannya. Jika untuk anak, maka anda tidak boleh menuntut atas pelepasan cukai takaful hayat.
4. Kesilapan dalam membuat tuntutan pelepasan gaya hidup dimana pembelian pakaian dan kasut tidak termasuk dalam definisi peralatan sukan.
5. Kesilapan menuntut belanja perubatan (bagi penyakit kritikal & sukar diubati) di mana bayaran rawatan pesakit biasa di klinik pun anda tuntut.
6. Kesilapan dalam menuntut rebat zakat dimana zakat tersebut adalah zakat yang dibayar oleh isteri yang tidak mempunyai pendapatan.
7. Kesilapan menuntut belanja derma tetapi hakikatnya derma tersebut adalah derma yang tidak diluluskan. Ia tidak layak untuk ditolak dari pendapatan.
Tuan/puan, apabila mahu belajar ilmu cukai usahlah sekadar berpandukan grafik ringkas semata-mata. Ada ketikanya anda perlu memahami lebih dari sekadar tahu.
Tulisan asal oleh Tuan Khairul Amal Hashim
Nak belajar ilmu Bijak Cukai? Klik di sini
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran