Ilmu Cukai Yang Wajib Tahu

Image may contain: one or more people and text

Menjelang tamat tempoh pengisytiharan cukai, suka saya kongsikan perkara ini.

1.Bagus juga ada isu seperti ini, sekurang-kurangnya membuka mata kita betapa menguruskan cukai bukan perkara sia-sia. AWAS! Sedikit panjang ulasan kali ini.

2.”Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari”. Siapa tahu nasib dan ketentuan perjalanan hidup kita. Hari ini ada kerja esok belum tahu.

3. Sudahlah hilang mata pencarian, pampasan diterima pula dipotong pihak berkuasa. Soalnya kenapa ini semua boleh berlaku? Jika anda berada di tempat saya, ini bukan perkara pelik, ia adalah prosedur biasa.

4. Bezanya adalah antara tahu dan tak ambil tahu. Usah pula jadikan cukai satu isu politik hanya kerana mahu menutup kesilapan sendiri. Ada banyak konglomerat dan ahli korporat yang dikenakan cukai tambahan berjuta ringgit bahkan ada yang mencecah angka bilion. Cuma anda sahaja yang tak tahu sebab siapalah suka baca pasal bab ekonomi dan kewangan.

5. Hakikatnya mereka yang hanya memiliki pendapatan dari penggajian tidak perlu pun bersusah payah mahu lantik akauntan, juruaudit atau perunding cukai kerana ianya cukup mudah, tiada penyata untungrugi atau kunci kira-kira perlu disediakan.

6. Apa yang paling penting simpan dengan semua dokumen berkaitan. Penyata EA iaitu penyata gaji tahunan seharusnya diberikan oleh majikan setiap tahun dan perlu disimpan bagi tempoh 7 tahun. Kini boleh sahaja simpan dalam bentuk softcopy sebagai bukti, insyaa Allah tak kena ratah dek anai-anai.

7. Bayangkan betapa banyak dokumen yang perlu di simpan jika ada berbisnes. Ia jauh lebih rumit. Tetapi ia adalah satu peraturan yang termaktub dibawah undang-undang. Mulai hari ini sama ada anda pekerja atau peniaga, buat satu fail khas cukai peribadi.

8. Seringkali saya ingatkan usah main hentam keromo tuntut segala pelepasan cukai yang diberikan. Lepas tu tuntut semuanya pada kadar maksimum. Ini semua mengundang kesangsian pastinya. Jika memang anda layak tuntut simpan sahaja resit berkaitan. Jika tak ada, buat apa tuntut?

9. Jangan seronok sangat bila dapat lebihan cukai. Lebih-lebih lagi jika disebabkan kita menuntut apa yang bukan hak kita. Jangan biasakan diri ambil apa yang sepatutnya bukan milik kita. Berlaku jujurlah.

10. Apabila majikan anda membuat potongan cukai bulanan (PCB), sesekali semak di LHDN apakah ianya telah dibayar oleh majikan. Ada kes majikan gagal meremitkan wang PCB pekerja mereka tetapi gaji pekerja telah dipotong setiap bulan.

11. Educate, educate dan educate. Sudah sampai masa lebih banyak maklumat dan sesi mendidik pembayar cukai perlu diadakan. Menyalahkan mana-mana pihak sahaja tidak menyelesaikan masalah. Mari kita sama-sama memahami tanggungjawab dan peranan kita demi negara dan rakyat.

Tulisan asal oleh Tuan Khairul Amal Hashim.

Banyak ilmu Bijak Cukai di sini.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

 

Tags:,