7 langkah mudah menjadi jutawan produk timbang kilo
7 LANGKAH MUDAH MENJADI JUTAWAN PRODUK TIMBANG KILO
(Posting asal daripada pengalaman Puan Emma Harshaw Fx)
Dimaklumkan posting ini dah beberapa kali kena warning. Jadi saya screnshot. Penulis posting pun dah terima ugutan saman. Tajuk: Bagaimana Menjadi Jutawan Dgn Cara Jadi Founder. Memang jalan cerita tu munasabah dgn apa yang lihat secara luaran. Kereta, rumah, flex dsb…Mesti ada guru / sifu yang ajar benda-benda macam ni…
Langkah 1. KOMUNITI FOUNDER
Anda perlu menyertai komuniti Founder untuk mendapat support dan belajar pengalaman mereka.
Apabila dijemput oleh rakan, anda sertai komuniti founder di negeri Kelantan. Sebagai seorang yang baru dalam komuniti ini, anda mungkin dianggap sebagai picisan. Namun, dengan kerja keras dan kesungguhan, anda berpotensi menjadi seorang founder yang berjaya.
Langkah 2. MEMILIH KILANG PEMBEKAL
Ada beberapa kilang kosmetik OEM bertaraf GMP yang terletak di beberapa tempat di seluruh Malaysia. Anda boleh memilih kilang yang paling sesuai dengan keperluan anda. Perlu diingat bahawa kilang yang berbeza mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jadi, pastikan anda membuat kajian yang teliti sebelum memilih kilang yang sesuai.
Boleh juga mendapatkan kilang produk daripada Thailand yang jauh lebih murah. Ia akan dapat dalam bentuk timbang kilo sebagaimana gambar dan kemudian perlu lakukan packaging sendiri.
Langkah 3. PEMILIHAN PRODUK
Saat memilih kilang, pastikan anda membincangkan segala bentuk dan bauan yang anda inginkan. Setelah menentukan produk yang diinginkan, kilang akan menguruskan keperluan pengeluaran produk anda. Anda juga perlu memikirkan tentang kos modal dan urusan pengeluaran.
Langkah 4. MODAL
Untuk memulakan perniagaan ini, anda memerlukan modal awal sekitar
Kos produk RM15,000
Kos marketing RM30,000 termasuk sewa kereta mewah, rumah dan FB / IG
Langkah 5. DATABASE
Anda boleh memperoleh pangkalan data agen melalui komuniti founder yang anda sertai tadi pada langkah pertama. Biasanya, anda perlu membayar sejumlah kecil untuk mendapatkannya. Pangkalan data ini akan membantu anda dalam mempromosikan produk anda. Jangan pelik kalau kita pernah jadi agen @produk A, tiba-tiba dihubungi untuk jadi agen produk B, C dsb.
Langkah 6. PEMASARAN
Part ini paling kritikal. Produk bagus macamana pun, kalau marketing hauk, memang akan fail. Sebab itu modal awal untuk kos pemasaran sangat penting dah lebih besar daripada kos produk.
Untuk menarik perhatian ejen dan pelanggan, maka anda mungkin perlu menggunakan beberapa strategi pemasaran yang lebih kreatif, seperti
- A. Kereta mewah. Ada beberapa founder yang menyediakan kereta mewah untuk tujuan pemasaran. Anda boleh memilih kereta mewah yang paling sesuai dengan citarasa anda. Kereta perlu ditukar nama anda supaya tidak dicop scammer dan cat baru. Tiada bayaran sewa, tapi digantikan dengan perkongsian keuntungan. Semua ada dalam komuniti support founder tadi.
- B. Rumah mewah. Selain itu, anda juga boleh menyewa rumah mewah untuk tujuan pemasaran produk anda. Sewa beberapa hari sahaja dan ambil beribu-ribu keping gambar dengan pelbagai pakaian dan posisi dalam rumah. Tujuannya adalah untuk dijadikan bahan content yang dipost sedikit demi sedikit di media sosial setiap hari, sepanjang tahun.
Langkah 7. PENJUALAN
Apabila produk anda siap dihasilkan, anda boleh menjualnya melalui agen sahaja. Dengan modal produk tadi dan marketing yang power, ada founder yang berjaya jual 6,000 dalam sama seminggu sahaja dengan jualan RM90,000. Jadi selepas tolak kos produk dan marketing, untuk bersih boleh capai ialah RM40,000!
Jika ambil produk daripada Thailand, boleh dapat untung sekitar RM100,000 hingga RM200,000.
Kemudian boleh gunakan keuntungan tersebut untuk ulang balik langkah-langkah di atas dan lakukan beberapa cycle. Dalam beberapa cycle, anda boleh menjadi jutawan produk timbang kilo!
Ulang langkah 2 hingga 7 hingga jadi jutawan. Lepas tu boleh buat umrah untuk mensucikan diri
Tips tambahan
1. Pastikan ejen-ejen membuat promosi secara overclaim untuk meyakinkan pelanggan dan mendapat ejen lebih ramai. Jual kepada ejen sahaja sudah memadai.
2. Pastikan produk lulus KKM. Boleh hantar produk lain ke KKM, tapi jual produk lain utk memaksimakan keuntungan.
Kesian, terima kasih.
Siapa nak join bisnes yang tidak memerlukan modal besar sebegini, tak perlu tayang kemewahan palsu seumpama ini, meh join saya sebagai perunding kewangan di INFAQ Consultancy.
Kami di INFAQ Consultancy, takkan ajar ejen-ejen kami tayang kereta, tayang rumah, tayang lifestyle untuk tarik ejen baru dan tarik klien.
Klik link di bawah
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran