7 simple tips kewangan
Dipetik dari FB Alif Ahmed
7 simple tips ‘kewangan’
1. Plan bajet kewangan hangpa.
(Perbelanjaan / Pendapatan / Simpanan / Pelaburan / Perlindungan / Kepuasan diri / Sedekah / lain-lain)
Macam-macam formula dari sifu-sifu kewangan kat luar. Ada 30/30/30/10,
ada juga yang nasihat 50/30/20, dan macam-macam lagi.
Hangpa decide sifir mana sesuai dengan kasut hangpa.
2. Selalu ber’ingat’ untuk menyimpan. Untuk hat ni, formula paling simple ialah simpan dulu baru belanja, insyaa Allah dapat konsisten menyimpan.
3. Sentiasa up to date dengan harga barangan semasa. Iyalah, nak membeli kan, jadi selalu update dan plan wisely hangpa punya expenditures.
Beli hat seasonal sales dengan discounted items adalah pilihan terbaik.
4. Hat ni sangat penting. Asingkan antara keperluan dengan kehendak. Dari sini, kita boleh differentiate kan hat mana nak diutamakan terlebih dahulu.
Utamakan keperluan berbanding kehendak.
5. Jangan lupa bayar zakat dan cukai. Tanggungjawab kita. Bukan soal sikit atau banyak, tapi soal keberkatan. Rezeki yang berkat, insyaa Allah sentiasa mencukupi.
6. Ambil pelan perlindungan (takaful) yang betul. Tak perlu ‘over’. Jangan pula sampai langsung ‘tiada’.
Ambil sesuai dengan keperluan dan kemampuan hangpa. Rule of thumbs dia, ‘perlindungan tinggi, caruman rendah’.
7. Sentiasa jaga hubungan dengan Pemberi Rezeki. Takkan berkurang harta orang yang bersedekah. Bukan soal infaq banyak atau sikit, tapi soal pengorbanan kita.
Apa yang kita guna untuk diri akan habis, namun apa yang kita infaqkan akan berkekalan dan dibalas berlipat kali ganda.
Alif
INFAQ Consultancy
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran