fbpx

Perbankan Islam Sama Sahaja Dengan Perbankan Konvensional? Tengok Apa Kata Tok Guru Nik Aziz?

  • 2 years ago
  • 6Minutes
  • 1043Words
  • 974Views

Kalau ada yang masih mengatakan perbankan Islam sama sahaja dengan perbankan konvensional, boleh baca hasil wawancara Dato’ Bentara Setia Almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama Harakahdaily.

Sumber asal di Harakahdaily Teruskan perjuangan Islam selepas saya tiada – TG Nik Aziz 

KOTA BHARU, 23 OKT 2012: Bagi Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kejayaan paling bererti sepanjang 22 tahun pentadbirannya apabila berjaya mengasingkan wang kerajaan daripada sistem riba.

“Paling cukup bererti bagi saya kerana kita berjaya mengasingkan wang kerajaan negeri daripada sistem riba dengan memindahkan kesemua wang dari bank yang tidak menepati syariat ke Bank Islam.

“Apa yang kita lakukan adalah mengikut garis panduan yang diajar Islam dan bukan pandai-pandai kita berbuat demikian,” katanya di sini.

Ekoran itu kata beliau menyebabkan beberapa wakil dari bank bertemu dengannya untuk menyatakan rasa kecewa berhubung tindakan kerajaan tersebut.

Ketika itu hanya Bank Islam sahaja yang tiada sistem kewangan berunsur riba di negara ini.

Menurutnya bermula dari situlah institusi kewangan lain di negara ini menubuhkan kaunter perbankan Islam sehingga berkembang pesat sekarang.

Begitu juga kata beliau sistem Ar-Rahn sehingga ditiru banyak pihak lain.

—-
Ketika mula-mula Bank Islam Berhad Malaysia (BIMB) diwujudkan ketika tahun 80-an, kadar keuntungan yang dikenakan sangat tinggi. Ansuran yang dikenakan hampir sekali ganda jika dibandingkan perbankan konvensional.

Saya bayangkan kalau media sosial dah wujud pada tahun 80-an, saya berani jamin nescaya Bank Islam dan TGNA akan kena maki hamun berjemaah dengan netizen.

Wawancara ini disiarkan pada tahun 2012, beberapa tahun sebelum beliau meninggal dunia. Siapa ada Harakah versi cetak wawancara tersebut, tolong kongsikan.

Semoga ALLAH merahmati Allahyarham.

“Selepas pemergian beliau, saya menulis satu artikel “Tok Guru Nik Aziz: Tokoh Kewangan Islam”

Negara kehilangan tokoh ulama yang disegani kawan dan lawan, Dato’ Bentara Setia Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau bukan hanya tokoh siasah. Beliau bukan sebarangan tokoh.

Beliau menyokomg sistem kewangan Islam, perbankan Islam dan takaful ketika orang lain memomok-momokkan perbankan Islam mahal, perbankan Islam menindas, sama sahaja perbankan Islam dengan konvensional dan lain-lain.

Beliau memindahkan semua perbendahaan kerajaan negeri Kelantan dari perbankan konvensional ke perbankan Islam. Beliau menghijrahkan wang di dalam perbendaharaan negeri Kelantan dari sistem riba kepada sistem patuh syariah yang bebas riba.

Riba ialah sebesar-besar dosa di dalam al-Quran, iaitu mengisytiharkan perang terhadap Allah.

Detik bersejarah pada tahun 1990 itu sangat memberi impak kepada industri perkhidmatan kewangan Islam apabila PAS mengambil alih kerajaan Kelantan dari BN, hingga sekarang.”

Tulisan penuh di sini

Dalam artikel bertajuk “Jasa Tuan Guru Nik Aziz”, saya tutut menulis:

“Kerajaan Kelantan menyokong perbankan Islam dgn memindahkan seluruh perbendaharaan negeri ke Bank Islam sebaik sahaja mengambil alih Kelantan. Juga dikritik kerana katanya mustahil perbankan Islam boleh membawa keuntungan. Ternyata meleset lagi apabila hari ini perbankan Islam memenuhi kehendak pasaran. Ternyata tindakan Kerajaan Kelantan menyokong perkembangan industri kewangan Islam.”

Boleh baca keseluruhan artikel di sini

Kenapa saya tulis balik semua ini?

1. Saya sangat ralat membaca komen-komen rakan yang menghina dan menghentam Perbankan Islam, dek isu moratorium ini. Lebih ralat dari mereka yang mengaku memperjuangkan Islam dan “mengidolakan” TGNA. Kirikan itu biasa, tapi menuduh, memaki hamun, mengutuk – itu bukan lagi akhlak Islam.

Kartun di atas paling tepat untuk menggambarkan situasi di kalangan pembenci-pembenci perbankan Islam.

2. Ketika Bank Islam Malaysia Berhab (BIMB) diperkenalkan sekitar tahun 1980-an, ramai yang mencemuh. Tapi lihat hari ini, bukan setakat Malaysia malah seluruh dunia mengambil contoh perbankan Islam di Malaysia.

3. Ketika BIMB menjadi satu-satunya alternatif yang ada, kadanya keuntungannya sangat tinggi jika dibandinan dengan perbankan konvensional. Sesiapa yang beli rumah sekitar tahun 80-an sehingga 90-an, boleh kongsikan pengalaman. Kadar ansuran sangat tinggi berbanding konvensional.

4. Hari ini perkembangan perbankan Islam sangat pesat. Kelemahan tetap ada. Tapi jika diandingkan dengan konvensional, ia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Tidak ada alasan orang Islam untuk tidak memilih perbankan Islam.

6. Perbankan Islam bukan “pinjaman Islam”. Ini yang menyebabkan ramai terkeliru. TIDAK ADA PINJAMAN di bank-bank. Yang ada perkhidmatan “pinjaman” ialah perbankan konvensional. Perbankan Islam menyediakan alternatif kepada pinjaman konvensional.

7. Di bank Islam, ia dipanggil PEMBIAYAAN atau PEMBIAYAAN. Ia bukan sekadar tukar istilah, tapi tukar pada asas dan akarnya iaitu KONTRAK. Tukar kontrak menghasilakn natijah berbeza. Analogi mudah, Samy beragama hindu memeluk Islam dan menukar nama Suhaimy. Ia bukan sekadar tukar nama tapi tukar “kontrak” melalui lafaz syahadah. Batang tubuh Samy tidak berubah apabila menjadi Suhaimy. (Nama sekadar contoh, jangan nanti orang yang nama Samy dan Suhaimy duk hentam saya)

7. Perkembangan perbankan Islam sangat menarik. Banyak kontrak-kontrak awal yang kini tidak digunapakai lagi kerana ada isu syariah. Para alim ulama muamalat sentiasa proaktif untuk membuat penilaian ke atas kontrak-kontrak pembiayaan yang ada. Contohnya, “bai-‘inah” sudah tidak ada lagi.

8. Perbankan Islam adalah institusi bisnes, bukan badan kebajika. Ada kos yang mereka tanggung. Ada staf yang mereka hendak bayar gaji. Ada kontrak-kontrak yang mereka perlu sediakan. Jadi keuntungan itulah yang digunakan untuk tampung semua itu. Dan tahukah anda, perbankan Islam adalah penyumbang terbesar zakat negara kita?

9. Satu cadangan saya kepada perbankan Islam: Mohon untuk adakan sesi penerangan secara konsisten tentang perbezaan akad kepada para pegawai kalian sebab masih ada yang staf yang mengatakan “sama je, hanya tukar kontrak”. Kemudian pastikan penerangan itu sampai kepada pelanggan.

10. Kepada yang mengkritik perbankan Islam, seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Group Dinar Dirham, saya cadangkan agar pelopori “PINJAMAN ISLAM”. Kumpulkan modal dari ahli melalui Koperasi KOPPIM. Saya yakin boleh kumpul billion sebab ahlinya ramai dan disokong juga oleh jutawan Muslim. Kemudian sediakan perkhidmatan sebiji macam bank buat, tapi tanpa sebarang “riba”. Saya nak jadi ahli untuk beli rumah yang berharga RM1,000,000 untuk tempoh 2 tahun dengan ansuran RM2,000 lebih sahaja sebulan.

11. Semoga tulisan ini ada manfaatnya, terutama yang masih mengatakan bahawa ada riba dalam perbankan Islam. Ia tuduhan yang berat. Cuba kalian bayangkan kalian tiduduh kafir kerana selalu lewat sembahyang, suka maki hamun, suka buang main main Facebook berbanding baca Quran? Kalian boleh terima?

Perbankan Islam perlukan sokongan dari seluruh umat Islam elalui kritikan dan penambahbaikan, bukan maki hamun dan kata nista.

Tonton Youtube di sini atau play video di bawah

Saksikan penerangan secara live; “Sama je ke perbankan Islam dengan perbankan konvensional?” oleh Dr Ahmad Sufyan Che Abdullah (pakar muamalat, ahli majlis fatwa dan founder muamalat.my)

Afyan Mat Rawi, IFP
Bukan pegawai bank.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Petang semalam saya membaca ebook tulisan tuan Hafiz Mansor berkenaan tentang YouTube..…