Melantik penasihat syariah, belum tentu patuh syariah?

Melantik penasihat syariah, belum tentu patuh syariah?

Pertama kita kena bezakan antara regulated industry vs unregulated industry.

Regulated industri seperti perbankan Islam dan takaful, manakala unregulated indusry seperti syarikat-syarikat swasta lain seperti syarikat MLM, syarikat emas dan sebagainya.

Proses piawaian pematuah syariah kedua-duanya sangat-sangat-sangat-sangat jauh berbeza antara langit dengan bumi

REGULATED INDUSTRY

1. Dalam regulated industry, pematuhan syariah diwajibkan oleh undang-undang dan dipantau secara berterusan oleh pengawal selia seperti Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.

2. Setiap institusi diwajibkan mempunyai Jawatankuasa Syariah yang diluluskan oleh pengawal selia dan tertakluk kepada kriteria kelayakan yang ketat.

3. Keputusan Jawatankuasa Syariah dalam regulated industry pula tidak boleh bercanggah dengan resolusi Majlis Penasihat Syariah di peringkat kebangsaan.

4. Selain itu, audit syariah dalaman dan luaran dijalankan secara berkala untuk memastikan operasi, produk dan kontrak benar-benar mematuhi syariah.

5. Jika berlaku pelanggaran syariah, institusi boleh dikenakan tindakan undang-undang, penalti kewangan, atau diarahkan melakukan pembersihan pendapatan tidak patuh syariah.

UNREGULATED INDUSTRY

6. Dalam unregulated industry pula, pelantikan penasihat syariah adalah bersifat sukarela dan tidak diwajibkan oleh undang-undang.

7. Tiada badan pengawal selia khusus yang memantau keputusan atau pandangan penasihat syariah dalam industri tidak terkawal.

8. Skop tugas penasihat syariah dalam unregulated industry selalunya ditentukan oleh syarikat itu sendiri dan boleh menjadi sangat terhad.

9. Dalam banyak kes, penasihat syariah hanya dirujuk pada peringkat awal produk atau sebagai alat pemasaran untuk meningkatkan kepercayaan pengguna Muslim.

10. Tiada kewajipan audit syariah berkala yang bebas dan menyeluruh seperti yang diwajibkan dalam regulated industry.

RUMUSAN

Kesimpulannya, patuh syariah bukan sekadar soal melantik individu bergelar penasihat syariah, tetapi soal sistem, kawalan dan akauntabiliti yang menyeluruh.

Berikut contoh-contoh syarikat yang daripada unregulated industry yang melantik penasihat syariah, tetapi kemudian timbul bermacam masalah sehingga ada yang tersontot, ada yang ditamatkan, dan ada yang hilang begitu sahaja tanpa khabar berita;

1. Steven Tea Garden (tahun 2009)

2. Geneva Gold (2010 – 2012)

3. Darul Emas Perak oleh Tok Belagak (tahun 2014 – 2016)

4. ARBA / CWC / Kopi Pak Belalang (2017)

5. Affiliate Junction (2017)

6. Quantum Metal (sekitar 2020 hingga 2024)

Jerat tidak tidak pernah lupakan pelnduk, tapi pelanduk selalu lupakan jerat.

Sejarah mungkin berulang.

Siapa ingat syarikat-syarikat di atas?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Add a Comment