Mengapa perak berpotensi mengatasi emas dalam tempoh tertentu

Perak. Silver.

Cantik tak?

• Perak sering dibandingkan dengan emas kerana kedua-duanya mempunyai sejarah panjang sebagai penyimpan nilai.

• Ramai yang sedia maklum bahawa emas dan perak ialah mata wang utama pada zaman Nabi Muhammad SAW.

• Pada zaman Nabi SAW, nisbah emas dan perak ialah 1 kepada 10, di mana 1 dinar bersamaan 10 dirham.

• Nisbah ini digunakan oleh para sahabat, para fuqaha, dan umat Islam pada zaman Khulafa’ ar-Rasyidin serta era kegemilangan Islam.

• Pada zaman moden, nisbah emas dan perak telah berubah dengan sangat ketara.

• Pada tahun 2020, nisbah emas kepada perak mencecah sekitar 1 kepada 124.

• Pada tahun 2022, nisbah tersebut berada sekitar 1 kepada 82.

• Secara purata, nisbah emas dan perak pada zaman moden berada antara 1 kepada 60 hingga 1 kepada 100.

• Keadaan ini menunjukkan bahawa perak hari ini jauh lebih murah berbanding emas jika dibandingkan dengan nisbah asal 1 kepada 10.

• Jika kita percaya pasaran akan kembali kepada keseimbangan, perak boleh dianggap sedang berada pada harga yang terlalu rendah.

• Pada zaman Nabi SAW, 1 dinar hanya boleh ditukar dengan 10 dirham.

• Hari ini, 1 dinar dalam bentuk emas boleh ditukar dengan sekitar 80 hingga 100 dirham perak.

• Situasi ini membuka peluang membeli perak ketika nisbah tinggi dan menjualnya apabila nisbah menurun.

• Dari sudut potensi pulangan, perak berpotensi memberikan pulangan lebih besar berbanding emas.

• Pada Mei 2020, nisbah berada sekitar 1 kepada 105.

• Pada Mei 2021, nisbah menurun kepada sekitar 1 kepada 67.

• Pelabur yang membeli perak ketika nisbah 105 dan menjualnya ketika nisbah 67 berpotensi memperoleh keuntungan sekitar 69 peratus.

• Dalam tempoh yang sama, emas hanya mencatatkan pulangan sekitar 7.6 peratus.

• Pulangan perak boleh menjadi hampir sembilan kali ganda lebih tinggi berbanding emas.

• 2026, nisbah emas dan perak semakin rapat.

• Kenaikan harga emas 12 bulan ke belakang sekitar 55%, berbanding perak 180% menjadikan nisbah emas dan perak semakin rapat.

• Dengan memahami nisbah ini, kita boleh menilai masa sesuai membeli emas atau perak.

• Nisbah ini membantu menjangka potensi keuntungan secara lebih rasional.

• Nisbah ini bukan jaminan keuntungan yang pasti.

• Namun, ia adalah alat analisis yang sangat berguna.

• Setiap pelaburan tetap mempunyai risiko dan perlu diurus dengan berhemah.

• Pastikan setiap pelaburan mematuhi prinsip syariah dan pastikan buay due diligence.

SOALAN:

1. Ada tak potensi nisbah emas dan perak kembali kepada nisbah asal 1:10?

2. Adakah nisbah sekarang berlaku disebabkan emas overprice atau perak yang downprice? (Betul ke istilah downprice ni?)

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Iklan

Add a Comment