Ramai ada medical card dan hibah, tapi terlupa perlindungan penyakit kritikal

Terima kasih atas perkongsian Dr Malar, saya tulis balik untuk memudahkan bacaan:
“Kawan saya kena breast cancer. Hari ini tahu, esok terus hantar surat berhenti kerja 24 jam.
Terus masuk hospital swasta, terus buat pembedahan. Lepas pembedahan, dia pergi bercuti sakan dulu.
Selepas itu baru mula kemoterapi. Kami kawan-kawan bergilir-gilir teman setiap kali dia buat kemoterapi.
Dia belanja macam-macam, kami pula risau sebab dia sudah berhenti kerja.
Rupanya dia dapat bayaran penyakit kritikal daripada insurans, sebab itu dia nampak tenang.
Siap beli sebuah kondominium khas untuk proses pemulihan. Sudah 9 tahun dia bebas kanser.
Ya, kekuatan kewangan boleh beri keyakinan dan kebahagiaan.”
TQ atas sharing Dr
Tak ramai yg aware tentang manfaat takaful penyakit kritikal.
Yang famous biasanya medical card & hibah takaful.
Medical card utk cover bil hospital.
Manakala hibah takaful ialah manfaat yg dibayar lapas meninggal.
Jadi, jika kena penyakit kritikal & terpaksa berhenti kerja, medical card &hibah takaful tak membantu utk survival kehidupan.
Maka di sinilah pentingnya takaful penyakit kritikal yg sediakan tunai gantikan income.
At least kena ada coverage bersamaan 5 tahun gaji.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
