Simpan RM190 juta di Tabung Haji, dividen 3.5% pun dapat RM6.65 juta setahun

RM6.65 juta setahun hanya daripada dividen Tabung Haji. ![]()
Anda rasa pulangan 3.5% itu sikit?
Sebenarnya ia bukan sikit, tetapi barangkali jumlah simpanan kita yang belum cukup banyak.
Media pernah melaporkan bahawa terdapat seorang pendeposit yang mempunyai simpanan mencecah RM190,000,000 di Tabung Haji.
Ya, RM190 juta!
Bukan RM190k, bukan RM1.9 juta, dan bukan juga RM19 juta.
Tetapi RM190,000,000.00 di dalam satu akaun simpanan.
Apabila beliau mengekalkan jumlah tersebut tahun lalu, dividen yang diperolehinya adalah sekitar RM6.65 juta. Dah tak payah bayar zakat dah
Wow! Ini baru betul-betul “passive income” yang luar biasa.
Saya yakin tentu akan ada yang bandingkan dengan pulangan pelaburan lain yg lebih besar pulangan.
Ya, benar. Ada instrumen lain yang berikan pulangan lebih besar seperti emas, saham, kripto, hartanah dan sebagainya
Namun barang diingatkan, iandatang dengan risiko tersendiri yang tiada pada Tabung Haji.
Kenapa duit sebanyak itu diletak di TH? KETENANGAN JIWA DAN FIKIRAN.
Ada dua perkara yang kita perlu fahami dalam dunia pelaburan dan kewangan
1. MODAL ADALAH PENENTU SEBENAR KEKAYAAN.
Dalam dunia pelaburan, peratusan pulangan hanyalah sebahagian daripada formula.
Modal yang besar akan memberikan impak yang jauh lebih ketara walaupun peratusan nampak kecil.
3.5% daripada RM1,000 hanyalah RM35, tetapi 3.5% daripada RM190 juta adalah sebuah empayar.
Pulangan 50% tapi modal yang ada hanyalah RM1,000 pun tak terasa sangat.
Tapi jika ada mod RM1 juta pun belum tentu kita bersedia untuk melaburkan dalam instrumen yang berpotensi menjana keuntungan 50%.
2. DISIPLIN SIMPANAN JANGKA PANJANG.
Kita tidak tahu berapa lama pihak tersebut mengambil masa untuk membina simpanan sebegitu besar.
Apabila kita konsisten menyimpan, kesan faedah kompaun akan mula bekerja untuk kita.
Jangan sesekali memandang rendah pada jumlah yang kecil, kerana bukit tetap dibina daripada butiran pasir yang halus.
Apa yang kita boleh pelajari ialah berhenti merungut tentang kadar dividen, sebaliknya fokus untuk membesarkan “bakul” simpanan kita sendiri.
Kalau rakan-rakan diberi pilihan, RM190 juta ini anda nak simpan di Tabung Haji atau pecahkan ke instrumen lain?
Dumber dari FB Afyan Mat Rawi

