Tiada siapa mengatasi undang-undang
Sejak beberapa tahun lepas, atau secara spesifiknya selepas PMX menerajui Malaysia Madani, memang banyak kes-kes berprofil tinggi yang terbongkar.

Ada nama-nama besar yang tidak kita sangka diambil tindakan.
Daripada kes NGO Aman Palestin, pempengaruh Aliff Teega, Ustaz Yaakub Yusra, Dr Daud Bakar, NGO Serantau Muslim, Tun Daim Zainuddin dan yang terkini NGO IKRAM dan Pengarah JUPEM (sekadar menyebut beberapa kes).

Kes-kes berkenaan saya tidak berani nak berikan komen terlebih-lebih. Tidak juga ambil kesempatan untuk menghentam secara sembrono.

Biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan seadil-adilnya.
No one is above the law.

Biar undang-undang dan mahkamah tentukan kelak.
Jika bersalah, berikanlah hukuman sewajarnya kepada mereka.

Jika tidak bersalah, semoga proses pengadilan itu membersihkan nama baik mereka.
Selagi itu, mereka belum lagi bersalah sehingga mahkamah membuat keputusan.

Hati-hati menulis dan membuat tuduhan hanya berdasarkan apa yang dilaporkan oleh media.
Bayangkan orang yang kita sangka jahat itu sebenarnya baik, dan orang yang kita sangka sebagai baik itulah penjahat sebenar.

Moga ia jadi pengajaran buat kita semua.
Kita doakan semoga keadilan tertegak, without fear and favour.

Akhir kata, tahniah kepada kerajaan Madani dan SPRM yang berani membongkar kes-kes ini.
Besar harapan rakyat agar bongkar sekali Tan Sri Azam Baki.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
