Adakah haram menjadi ejen kutipan zakat?
Semalam saya kemukakan satu persoalan;
“Adakah haram hukumnya menjadi ejen kutipan zakat, bukan amil, dan menjana pendapatan daripadanya?”

Rujuk gambar pertama.
Respons yang saya terima agak keras.
Ada yang terus menghukum haram.
Ada yang kata tidak wajar.
Ada juga yang mengaitkan dengan isu moral dan integriti.
Rujuk gambar kedua hingga kelima.




Atau boleh rujuk posting asal bersama komen-komen di sini
Namun, ramai yang tidak sedar bahawa pelantikan ejen kutipan zakat ini memang wujud dan diamalkan secara rasmi di beberala negeri di Malaysia.
Rujuk gambar keenam dan seterusnya.

![]()
![]()
TULISAN INI AGAK PANJANG. BOLEH SAVE DAN SHARE DULU JIKA TAK SEMPAT BACA ![]()
![]()
![]()
![]()
Ini bukan perkara luar biasa.

Malah, ia adalah sebahagian daripada sistem yang telah lama berjalan.
Realitinya, kadar pembayaran zakat masih rendah jika dibandingkan dengan jumlah umat Islam yang layak.
Sebagai contoh, di Selangor, dianggarkan hanya sekitar 20% sahaja yang menunaikan zakat melalui institusi rasmi seperti Lembaga Zakat Selangor.

Selebihnya 80% lagi?
– Mungkin membayar di negeri lain.
– Mungkin juga terus kepada asnaf.
– Atau lebih membimbangkan, langsung tidak menunaikan zakat.

Justeru, keperluan kepada ejen ini bukan sekadar wujud, tetapi sangat kritikal.
Peranan mereka adalah membantu mempromosikan kesedaran dan memudahkan orang ramai menunaikan zakat melalui saluran yang sah.

Biasanya ejen zakat tak kutip pun duit zakat. Zakat dibayar terus kepada akaun zakat negeri.
Dalam konteks ini, mereka bukan mengambil hak asnaf lain pun.

Sebaliknya, mereka membantu menambah kutipan zakat yang akhirnya memberi manfaat kepada lebih ramai asnaf.
Lagi banyak kutipan zakat, lagi ramai asnaf dapat dibantu
Isu yang sering timbul adalah apabila berlaku persaingan antara negeri, seperti kes zakat Perlis yang dikaitkan dengan usaha menarik pembayar dari negeri lain.

Fatwa-fatwa yang ada di Malaysia, melarang ejen mengutip zakat merentas sempadan negeri.
Itu isu berbeza yang perlu dilihat dari sudut tadbir urus dan polisi.

Namun prinsip asas pelantikan ejen itu sendiri tetap wujud dan diiktiraf.
Malah, tanpa kita sedar, ramai antara kita pernah menggunakan khidmat ejen zakat tanpa disedari.
Apabila anda membayar zakat melalui perbankan internet, institusi kewangan tersebut sebenarnya bertindak sebagai ejen.
Istilah ejen juga mungkin berbeza-beza mengikut negeri.

Ejen biasanya terdiri daripada individu atau institusi seperti sekolah, madrasah atau maahad malah ada juga syarikat korporat
Institusi yang dilantik juga kemudiannya melantik individu untuk mewakili institusi sebagai sub-ejen.
Mereka juga menerima imbuhan atas peranan itu.

Model ganjaran ini biasanya berbentuk komisen berdasarkan jumlah kutipan yang berjaya dibawa masuk ke institusi zakat.
Lebih tinggi kutipan, lebih tinggi imbuhan.
Kadar komisen pula tidak besar seperti yang digambarkan.
Ada yang serendah 1%.
Dan yang paling tinggi yang saya pernah ketahui sekitar 6.5% sahaja.
Komisen ini pula diambil daripada bahagian peruntukan untuk asnaf amil.
Ia tidak mengganggu hak asnaf lain.
Ada juga dakwaan mengatakan sehingga 60%.
Hakikatnya, itu bukan komisen ejen.
Itu adalah keseluruhan peruntukan untuk kategori asnaf tertentu dalam pengurusan zakat.
Dan tidak dinafikan memang wujud isu penyelewengan ejen dan ini bukan kali pertama.
Media sebelum ini memang pernah melaporkan kes penyelewengan oleh ejen zakat.
Juga pernah ada kes mahkamah ejen zakat yang didapati bersalah mengutip zakat merentas sempadan.
Jika mereka bersalah, berikanlah hukuman yang setimpal. Jika tidak, semoga ia dapat membersihkan imej mereka.
Jadi, sebelum kita menghukum sesuatu sebagai haram, salah, tidak bermoral dan sebagainya kita perlu faham struktur, peranan, dan konteks sebenar.
Saya yakin jika peratusan pembayaran zakat 80% ke atas, peranan ejen zakat sudah tidak diperlukan lagi.
Dan ketika itu pusat zakat pun susah untuk mencari asnaf zakat.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
