Pandangan Prof. Dr. Aznan Hassan tentang institusi zakat di Malaysia
Teguran daripada Prof Dr Aznan Hassan kira-kira 10 tahun yang lalu berhubung amalan zakat di Malaysia, khususnya Perlis.

Beliau ialah tokoh dalam bidang kewangan Islam yang berpengaruh di Malaysia
Prof Aznan mempunyai latar belakang kajian zakat yang panjang sejak tahun 1998 dan masih aktif membuat penyelidikan hingga kini, 2016, ketika artikel itu ditulis.

Saya kongsikan dalam bentuk point:
• Berlaku perubahan besar dalam pentadbiran zakat di Malaysia dari sudut kutipan dan agihan
• Sebahagian kritikan terhadap zakat sebenarnya berdasarkan maklumat lama dan tidak dikemaskini

• Isu ketelusan tidak tepat kerana laporan kewangan pusat zakat dan majlis agama boleh diakses dan mengandungi perincian kutipan serta agihan
• Agihan zakat di Malaysia melibatkan tiga bentuk iaitu tamlik fardi, tamlik jama’i dan tamlik muassasi yang perlu difahami sebelum mengkritik

• Dakwaan pusat zakat hanya menunggu asnaf tidak tepat kerana banyak negeri sudah ada inisiatif mencari asnaf seperti skuad khas
• Proses siasatan terhadap asnaf adalah perlu bagi mengelakkan penipuan dan memastikan zakat sampai kepada yang benar-benar layak

• Bantuan zakat di bawah asnaf fi sabilillah bukan hanya untuk pelajar agama tetapi juga merangkumi bidang lain seperti perubatan dan kejuruteraan
• Amalan memberi sebahagian zakat kepada institusi untuk diagihkan semula memang wujud tetapi perlu pemantauan dan penambahbaikan

• Institusi seperti bank Islam mempunyai sistem pemantauan syariah yang ketat dalam pengagihan zakat
• Terdapat kelemahan tertentu termasuk isu kutipan zakat di Perlis yang memerlukan perhatian segera

• Wujud kes individu menjadikan kutipan zakat sebagai sumber pendapatan peribadi yang tidak sepatutnya berlaku
• Isu tersebut bukan semestinya melibatkan pihak berautoriti secara langsung tetapi perlu disiasat dan diperbaiki

• Secara keseluruhan pentadbiran zakat di Malaysia tidak sempurna tetapi juga tidak seteruk yang digambarkan
• Kritikan berlebihan dan tidak tepat boleh merosakkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi zakat

• Institusi zakat dan wakaf adalah sangat penting dan perlu diperkasakan secara bersama
• Masyarakat juga perlu memainkan peranan membantu dalam mengenal pasti asnaf dan memastikan agihan tepat
• Fokus sepatutnya kepada penambahbaikan berterusan, bukan menjatuhkan reputasi institusi zakat
Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi
