fbpx

Abang Belon vs DBKL

  • 4Minutes
  • 705Words
  • 19Views

Memang sayu melihat video penguatkuasa DBKL menggempur peniaga belon itu.

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, mereka hanya mahu mencari sesuap nasi, tetapi dilayan seperti penjenayah besar.

Luka di hati umat Islam akibat insiden kuil haram di Jalan Masjid India masih basah berdarah, tiba-tiba muncul pula insiden ini.

Rakyat melihatnya bukan sekadar tindakan penguatkuasaan biasa, tetapi sebagai satu lagi episod yang mencerminkan ketidakadilan.

Kedua-duanya di bawah jajahan DBKL, namun rakyat melihat double standard yang berlaku dalam kedua-dua insiden.

Ketika kuil haram dibiarkan bertahun-tahun tanpa tindakan tegas, peniaga kecil pula direntap rezekinya dengan penuh kekerasan.

Lebih menyedihkan, ini bukan insiden pertama.

Ditambah pula dengan insiden pakcik jual petai dan abang jual air mineral yang berlaku seminggu dua dan sehari dua lalu, dalam bulan Ramadan yang mulia, dan kali ini menjelang Syawal pula.

Hati mana yang tidak sedih melihat peniaga yang berusaha mencari rezeki halal dilayan sebegini rupa?

Ya, memang berniaga secara haram tanpa lesen itu satu kesalahan. Ia tidak boleh dinormalisasikan.

Cuma kali ini jika bukan kerana peristiwa kuil haram seminggu dua ini, respon rakyat mungkin tidak sehangat ini.

Tetapi apabila diletakkan dalam konteks yang lebih besar, kebencian itu semakin membuak.

Mengapa kuil dan kuil-kuil haram yang bertahun-tahun dibina boleh dibiarkan tanpa dirobohkan oleh DBKL?

Mengapa tindakan keras ini hanya dilihat ke atas peniaga kecil yang tidak berdaya?

Ini yang rakyat persoalkan.

Lebih parah apabila timbul dakwaan bahawa penguatkuasa hanya berani mengambil tindakan ke atas peniaga-peniaga Melayu sahaja, tetapi tidak kepada peniaga bangsa lain.

Namun, untuk berlaku adil, kita juga perlu melihat rekod tindakan DBKL ke atas peniaga-peniaga haram di Petaling Street, yang rata-ratanya terdiri daripada peniaga Cina non-Muslim.

Mereka juga pernah dikenakan tindakan, menunjukkan bahawa isu ini bukan semata-mata soal bangsa, tetapi ketegasan dalam pelaksanaan undang-undang.

Sebenarnya sudah banyak kali juga serbuan terhadap peniaga-peniaga haram bangsa asing, bukan sekadar hanya kepada peniaga Melayu.

Bab penguatkuasaan DBKL terhadap peniaga haram merentas bangsa dan agama. Mereka hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab kerja mereka sebagai penguatkuasa.

Namun, stigma masyarakat terhadap penguatkuasa undang-undang seperti DBKL masih tebal.

Dengan tanggapan mereka makan rasuah, hanya berani bertindak terhadap kaum sendiri, sekadar mengejar ikan kecil tetapi membiarkan jerung besar terus bebas, serta pelbagai persepsi negatif lain.

Masyarakat melihat isu kuil haram vs peniaga haram.

Tambahan pula, sudah ada kes yang sedang didakwa di mahkamah yang melibatkan Timbalan Pengarah Penguatkuasa DBKL yang didakwa meminta dan menerima rasuah.

Bagaimana rakyat mahu percaya bahawa penguatkuasaan dilakukan dengan adil sedangkan ada pegawai tinggi yang sendiri terpalit dengan jenayah rasuah?

Tidak hairanlah rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap sang penguasa.

Entah siapa lagi yang boleh diharapkan untuk menegakkan keadilan di Malaysia.

Daripada penguatkuasa DBKL

Besar harapan saya agar “negara hukum” tidak hanya sekadar retorik politik.

Undang-undang sepatutnya menjadi benteng keadilan, bukan senjata untuk menindas yang lemah dan membiarkan yang berkepentingan terus bebas.

Teringat kata-kata Jebat: Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.

Abang Belon mengasari penguatkuasa DBKL

Ada seorang Akak DBKL ini merakam kejadian Abang Belon mengasari penguatkuasa DBKL.

Jadi mungkin DBKL boleh cari akak ini untuk dapatkan rakaman seterusnya pertontonkan kepada rakyat sudut pandangan dari kacamata para pegawai DBKL yang dikasari oleh Abang Belon.

Rakyat nak tengok bagaimana Abang Belon itu dengan beraninya mengasari dan menolak pihak penguasa DBKL dengan kuat selepas 3 kali amaran diberikan sebagaimana dalam kenyataan media mereka:

“Ketika teguran ketiga diberikan, penjaja belon tersebut bertindak agresif dan berlaku sentuhan fizikal apabila beliau menolak petugas penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas.

“Bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih tegang dan menghalang kemungkinan insiden yang lebih serius, anggota penguat kuasa berpakaian preman bertindak pantas untuk menenangkan dan memisahkan penjaja terbabit daripada terus mengasari petugas penguat kuasa.

“Situasi menjadi tegang apabila beberapa penjaja lain cuba campur tangan, namun keadaan berjaya dikawal dan ditenangkan tidak lama kemudian. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini,”.

Jol cari Akak DBKL ini supaya kebenaran terserlah!

Abang belon meniaga tanpa lesen

Jika ada yang tidak bersetuju dengan Abang Belon berniaga tanpa lesen, itu masih boleh diterima.

Tiada siapa kebal daripada undang-undang, itu hakikat yang difahami.

Namun, jika ada yang bersorak setuju dengan kekerasan yang menimpanya, tanpa sekelumit simpati saat dia terlantar di hospital, di mana nilai kemanusiaan?

Jangan sampai undang-undang hilang wajah keadilan, hingga akhirnya rakyat sendiri hilang percaya pada sistem yang sepatutnya melindungi, bukan menindas.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Sumber 1
Sumber 2
Sumber 3

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Selamat hari raya dari QM Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Bersempena…