Hujah Fakta, Elakkan Label-Melabel

Kebenaran takkan mampu ditutup dengan melabel.

Dalam sesuatu persaingan, pihak yg ketiadaan hujah akan terpaksa memberi gelaran kpd pihak satu lagi.

Jika dalam isu agama, label “wahabi”, “kafir”, “ahli bid’ah”, yg selalu digunakan.

Manakala dalam politik pula, label seperti; “dedak”, “macai”, “yuji”, “jebon”, “mahafiraun”.

Perkara sama saya alami selama ini dalam bidang kewangan; “dengki bisnes orang Melayu”, “suka jatuhkan bisnes orang lain”, “tak suka tengok orang Melayu maju, “ejen Rostchild”, “penyokong back door riba” dan sebagainya.

Ini mentaliti golongan bawahan.

Saya harap tak ada kawan-kawan saya jenis di ini.

Jika ada yang tidak setuju dengan apa yang saya tulis, dipersilakan tulis dengan hujah dan fakta.

Saya terbuka untuk berbeza. Lagikan haters pun saya tak blok, inikan pula facebook friend & followers. Yang penting guna akaun original.

Saya sangat suka dan alu-alukan sebarang perbezaan pendapat dgn hujah tanpa perlu melabel dan melakukan provokasi murahan.

Jika start melabel dan provokasi, saya tak mampu untuk menasihati lagi dan menghalang. Biar publik yang menilai. Saya biarkan sahaja dan tak layan.

Sebenarnya, saya dah lama unfollow kawan-kawan saya yang jenis suka menulis dengan label dan kebencian. Nak unfriend tak gamak sebab kawan. Nanti jadi isu lain pula.

Ia sama macam budak-budak. Kalah bertekak terus kait nama mak ayah, bagi label “mak kau hijau”.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com