fbpx

Ada riba tak semestinya membebankan. Ini hujahnya

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 289Words
  • 298Views

Ada orang komen:

Islmic financing xde riba…tp masih membebankan sama dgn riba

Al-Jawab:

Tahukah Sdra, riba tak semestinya membebankan.

Pinjam RM100 dan kena bayar balik RM101 adalah riba, waluapun orang yg berhutang tak rasa membebankan.

Beli barang harga RM100 dan jual balik RM1000 tidak haram selagi mana urusniaga berlaku menurut syariat.

Yang membebankan ialah hutang. Zaman Nabi pun hutang membebankan dan ia tidak menjadikan itu riba dan haram.

Nabi Muhammad pun ajar kita supaya dijauhkan daripada hutang.

Rujuk Hadis Riwayat Abu Daud 4/353, saya Abu Said Al-Khudhri RA berkata:

“Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid. Tiba-tiba ada seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana.

Beliau bertanya: ”Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat engkau sedang duduk (di masjid) di luar waktu solat?”

Beliau menjawab: ”Aku resah memikirkan hutangku, wahai Rasulullah.”

Beliau bertanya: ”Mahukah aku ajarkan kepadamu sebuah doa yang apabila engkau baca maka Allah taala akan menghilangkan keresahanmu dan melunasi hutangmu?”

Dia menjawab: ”Sudah tentu ya Rasulullah.”

Beliau bersabda,”Jika engkau berada di waktu pagi mahupun petang, bacalah doa:

““Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari perasaan resah dan sedih.

Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas.

Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kedekut.

Dan aku berlindung kepada Engkau dari belenggu hutang dan kekerasan manusia.”

Hadith dan doa di atas menunjukkan hutang itu menyebabkan hidup resah gelisah. Sudah barang tentu hutang yang dialami oleh sahabat berkenaan adalah hutang yang halal dan tanpa riba.

Ini menolak dakwaan sesetengah anti perbankan Islam yang mengatakan bahawa bank Islam masih ada riba, buktinya ramai yang muflis, hidup merana selepas menggunakan perkhidmatan bank Islam.

Sejak zaman Nabi lagi hutang yang tak ada riba pun boleh membawa kepada keresahan.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tak ada ke mana-mana pihak daripada bangsa anti bank Islam…