fbpx

Institusi perbankan kalis rugi? Tubuhkan la bank sendiri

  • 2 years ago
  • 4Minutes
  • 615Words
  • 292Views

“Berniaga mesti ada risiko. Tapi bank tak ada risiko. Haram!!!”

Biasa sangat saya dengar hujah macam ni daripada bangsa anti bank Islam. Katanya bank berjual beli tanpa produk dan tanpa risiko. Kemudian dengan suka suki mereka buat kesimpulan, itu adalah haram sebab dalam Islam, setiap perniagaan mesti ada risiko.

Jawapan mudah saya senang je.

Kalau betul bisnes bank tak rugi, buatlah model bisnes takaful seumpama bank. Saya nak jadi pelanggan pertama. Saya pernah tulis artikel panjang lebar kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkenaan cadangan ini.

PPIM antara yang lantang membuat dakwaan bahawa perbankan Islam masih ada riba dan haram. Lalu saya cadangkan kepada mereka buat sistem kewangan dengan model mereka sendiri.

Kalau betul tak rugi dan tak ada risiko, buat la bank sendiri. Kumpulkan geng-geng dan NGO yang menolak perbankan Islam di Malaysia dan buat bank sendiri. Kemudian boleh lantik Sheikh Imran Hosein jadi penasihat syariah. Boleh juga lantik bekas CEO Bank Muamalat untuk menjadi CEO.

Saya sokong 100%. Saya nak jadi pelanggan pertama. Kalau saya tak bayar pun, jangan minta balik. Barulah tak jadi Yahudi.

Ini jawapan mudah secara sinis dan sarkastik untuk pihak yang menggunakan hujah di atas.

Jangan risau, saya ada jawapan panjang lebar dan lebih ilmiah

Bisnes utama bank adalah menyediakan perkhidmatan hutang. Inilah hakikat yang perlu kita sedar. Bank bukan jabatan kebajikan. Ia adalah entiti bisnes yang berorientasikan untung.

Bank konvensional menyediakan perkhidmatan tersebut secara tidak patuh syariah. Manakala perbankan Islam pula menyediakan perkhidmatan tersebut secara patuh syariah.

Benarkan industri perbankan tidak akan rugi?

Jawapannya, TIDAK.

Dalam sejarah Malaysia dan seluruh dunia, pernah ada bank yang rugi dan ditutup operasinya dan diambil alih oleh bank lain. Ketika krisis ekonomi sub-prima 2007, beberapa bank yang ditutup operasinya di Amerika Syarikat

Ini merupakan bukti bahawa bank pun tetap ada risiko rugi.

Bank tetap ada kos operasinya. Kos sewa bangunan, kos sewa pejabat, kos gaji staf, kos gaji CEO, kos marketing, kos iklan, kos perkeranian, kos alat tulis, kos alatan pejabat, kos perabot, kos signboard, kos peguam, kos audit, dan bermacam-macam kos tadi.

Naif sangat untuk kita katakan bahawa bank tidak ada kos dan tidak risiko rugi. Pemikiran yang terlalu simplistik dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Ia bukan semudah bagi hutang dan kutip balik hutang. Dalam tempoh hutang tersebut, ada banyak kos terlibat dan tetap ada risiko.

Risiko bank yang paling besar ialah risiko tidak bayar hutang atau disebut sebagai Non Performing Loan (NPL) atau di dalam perbankan Islam disebut sebagai Non Performing Financing.

Cuba bayangkan, kita memberi hutang sebanyak RM200,000 dalam masa 30 tahun, maka sepanjang tempoh 30 tahun itulah risiko itu berjalan. Sebab itu proses permohonan kelayakan untuk mendapatkan pinjaman atau pembiayaan ini mempunyai proses dan kriteria tertentu.

Sebelum meluluskan sesuatu permohonan, bank akan melakukan semakan pekerjaan, berapa pendapatan, berapa simpanan yang ada, umur, rekod hutang, CCRIS, komitmen bulanan sedia ada, hutang-hutang lain dan sebagainya. Ia adalah bertujuan untuk mengelakkan berlakunya NPL tadi.

Jika melepasi syarat minimum, barulah diluluskan. Kemudian akan ada kontrak perjanjian antara penghutang dengan pemberi hutang. Kontrak inilah yang bakal membezakan antara kontrak patuh syariah dengan kontrak tidak patuh syariah.

Kenapa bank buat semua itu? Sebab itulah yang menentukan risiko balik kepada bank.

Boleh lihat statistik NPL di Malaysia, bank yang paling redah kadar NPLnya ialah yang paling ketat permohonannya. Bank yang mempunyai NPL yang tinggi, selalunya proses permohonannya lebih mudah.

Kontrak inilah yang mengikat antara penghutang dengan bank selama tempoh pinjaman atau pembiayaan tersebut. Dan kontrak inilah yang membezakan ia mengandungi riba atau tidak.

Ada yang kata “tukar kontrak je pun”.

Ia bukan sekadar”tukar kontrak je”. Dalam istilah muamalat ia disebut sebagai “aqad”.

Kita bincang topik itu banyak kali dalam posting lain. Boleh skrol tulisan-tulisan saya lain berkaitan perkara ini.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Semua benda nak salahkan bank. Yang cari rumah, pelanggan. Yang…