fbpx

Adakah Kita Ini Sudah Benar-Benar Kaya ?

“Sebenarnya kita masih miskin jika harta yang kita miliki hanyalah wang dan kebendaan.

Kita hanya benar-benar kaya apabila memiliki perkara yang tidak mampu dibeli dengan wang.”

– Afyan, 2019.

Ya betul, orang kata “Wang bukan segala-galanya. Tapi segala-galanya memerlukan wang”.

Ada banyak perkara dalam hidup tidak perlukan wang besar. Tidak perlukan pangkat yang tinggi. Tidak perlukan sijil berjela-jela.

Sahabat yang jujur. 
Pasangan yang memahami.
Anak-anak yang soleh.
Kesihatan yang baik.
Kejiranan yang aman damai. 
Keluarga yang bahagia.
Masa yang mencukupi. 
Ibadah yang sempurna.
Anggota tubuh yang sempurna.
Majikan yang memahami.
Negara aman tanpa peperangan.

Semua ini tidak dapat ditukar ganti pun dengan wang ringgit dan tiada nilaiannya.

#donetazkirah

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi,

 

 

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com