Affan Kurniawan menggegarkan Indonesia

  • 2Minutes
  • 222Words
  • 10Views

Jika di Malaysia ada Zara Qairina yang menggemparkan negara, di Indonesia muncul pula nama Affan Kurniawan.

Affan bukan artis.

Affan bukan ahli politik.

Affan bukan influencer.

Affan hanya seorang anak muda biasa, pemandu Gojek (macam Lalamove di Malaysia), yang berjuang mencari rezeki buat keluarga tercinta.

Namun, pemergiannya menggegarkan tanah air jiran.

Dia gugur bukan di medan perang, bukan juga kerana melakukan jenayah, tetapi ketika bekerja menghantar makanan untuk pelanggan.

Tragedi menimpa Affan pada malam 28 Ogos 2025, apabila kenderaan taktikal Brimob melanggarnya.

Tubuh kecil seorang anak muda berusia 21 tahun hancur di bawah roda besi sebuah kenderaan pak polisi.

Dunia seolah-olah terhenti.

Masyarakat Indonesia bangkit.

Suara rakyat bergema di jalanan dan media sosial.

GARDA Indonesia mendesak siasatan bebas.

Presiden turut menyatakan dukacita dan menjanjikan keadilan.

Polri menahan beberapa anggota untuk disiasat.

Tetapi lebih besar daripada itu adalah semangat yang ditinggalkan Affan.

Dia simbol perjuangan rakyat kecil.

Simbol bagaimana maruah orang biasa juga tidak boleh dipijak sesuka hati.

Affan hanyalah seorang pemuda yang mahu mencari rezeki halal.

Namun namanya kini menjadi api perjuangan.

Namanya jadi lambang ketidakadilan yang tidak boleh lagi disenyapkan.

Nama Zara Qairina dan Affan Kurniawan mengingatkan bahawa nyawa rakyat kecil bukan angka untuk dikorbankan.

Affan mungkin sudah tiada.

Tetapi semangatnya terus hidup.

Semangat menuntut keadilan.

Semangat untuk menegakkan kebenaran.

Semangat yang membakar hati anak muda seluruh Nusantara.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Perkembangan terkini isu hibah takaful RM1 juta yang dicabar. Kes…