fbpx

Penasihat Syariah ARBA Letak Jawatan? Skrip Hampir Sama Yang Pernah Berlaku Ke Atas DEPB dan TB

  • 7 years ago
  • 2Minutes
  • 234Words
  • 645Views

 

 

Bulan lalu, Dr Muhamad Faisal yang didakwa oleh penasihat syariah ARBA mengatakan bahawa beliau sudah meletak jawatan dari ARBA.

Ia dibuat melalui kenyataan di FB personal beliau yang hanya boleh dibaca oleh “friends only”.

Ia mirip apa yang berlaku ke atas Darul Emas Perak Berhad (DEPB), apabila Prof Badruddin Ibrahim yang dilantik oleh DEPB sebagai penasihat syariah mereka telah meletak jawatan.

Peristiwa tahun 2014 itu menjadi titik mula insiden-insiden sontot dari di kalangan pelabur dan wakalah emas DEPB dan TB, atau nama lainnya “sontot”.

Masihkah kau ingat, teman?

Dan sontotan tersebut berlaku secara berjemaah dan sehingga kini tahun 2017 kes-kes tersebut masih lagi belum ada penghujungnya.

Adakah sejarah berulang?

Tidak, bukan sejarah yang berulang tapi manusia yang tidak ambil pengajaran dari sejarah.

Kronologi kes ARBA dari Disember 2014 hingga November 2016 boleh dilihat di Kronologi ARBA / CWC / Kopi Pak Belalang

Dan kronologi itu akan bertambah lagi selepas ini.

Apa persamaan antara kedua-dua ARBA dan DEPB dulu?

1. Dua-dua bergaduh dengan saya. Hahahaha

2. Dua-dua jalankan bisnes too good to be true. ARBA jual kopi, DEPB jual emas.

3. Dua-dua mengaku patuh syariah dan lantik penasihat syariah.

4. Saya menghubungi secara personal kedua-dua penasihat syariah ARBA dan DEPB.

5. Dua-dua penasihat syariah TIDAK PERNAH mengeluarkan kenytaan rasmi bahawa bisnes mereka patuh syariah.

6. Dua-dua letak jawatan sebelum sempat keluarkan apa-apa kenyataan rasmi tentang bisnes mereka patuh syariah.

Perbezaaan:

7. DEPB mengakui akhirnya bahawa bisnes mereka tidak patuh syariah, tapi ARBA masih belum.

 

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Masa pertama terbaik untuk langgan takaful ialah; ... Sehari sebelum…