fbpx

Affiliate Junction Umumkan Status Patuh Syariah

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 229Words
  • 1006Views

TERKINI:

Affiliate Junction mengumumkan program mereka berstatus patuh syariah apabila menerima pengiktirafan MS 1900:2014 SHARIAH-BASED QUALITY MANAGEMENT SYSTEMS oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd pada 12 Januari yang lalu.

Program Affiliate Junction oleh syarikat I Syenergy ini pernah menimbulkan kontroversi apabila dikaitkan dengan scam dan skim cepat kaya.

Tahun lalu, Affiliate Junction Islamic telah diumumkan melalui dua orang penasihat syariah mereka Dr Aznan Hasan dan Dr Zaharuddin Abd Rahman yang kemudiannya ditarik balik.

Para penasihat syariah ini mengambil masa kira-kira setahun untuk mengkaji dan meniliti program berkenaan sebelum ditambah baik dan diumumkan program baru AJ Islamic.

Selepas kontraversi itu muncul, saya sempat mengikuti dua kali perbincangan yang melibatkan kedua-dua penasihat syariah AJ Islamic, Sdra Luqmanul Hakim Abd Rahim, Sdra Khairul Ezuwan KEY, Ustaz Lariba, CEO syarikat berkenaan, Dato’ Lawrence Teo dan lain-lain.

Kemuncaknya, program Affiliate Junction Islamic berkenaan tidak diteruskan.

Rujuk tulisan-tulisan saya terdahulu;. Klik di sini

Respon awal saya sebaik sahaja mengetahui keterlibatan tokoh-tokoh syariah yang saya amat hormati dalam AJ Islamic. Klik di sini

Beberapa pandangan saya berhubung AJ Islamic supaya ia benar-benar patuh syariah. Klik di sini

Akhirnya, ia tidak diteruskan.

Penasihat syariah program ini sekarang ialah Prof. Emeritus Dato’ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid, seorang tokoh ilmuan yang berpengalaman luas dalam bidang kewangan Islam.

(Tulisan ini bukan untuk menyatakan sokongan kpd AJ tapi untuk makluman berita terbaru saya terima ini)

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

3 Comments

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
""Seperti dijanjikan, harga kereta akan diturunkan secara berperingkat hingga 2017.…