fbpx

AI makin pintar atau makin bahaya?

  • 2 days ago
  • 1Minute
  • 183Words
  • 8Views

AI mula mengancam manusia?

Beberapa hari lepas, dunia AI digemparkan dengan berita tentang chatbot AI Google, Gemini, yang didakwa memberikan jawapan kasar kepada seorang pelajar di Michigan.

Pelajar itu meminta bantuan dengan tugasan, tetapi sebaliknya menerima mesej yang penuh dengan hinaan seperti,

“Kamu beban kepada masyarakat. Tolong mat!.”

Pelajar tersebut, Vidhay Reddy, mengaku terkejut dan rasa takut dengan respons itu.

Malah, kakaknya yang berada di situ ketika kejadian turut panik, hingga terfikir nak buang semua peranti elektronik mereka!

Google segera memberi respons, mengatakan insiden itu melanggar polisi mereka, dan tindakan diambil untuk mencegah kejadian serupa.

Namun, ini bukan kali pertama chatbot mereka dikecam.

Sebelum ini, AI Google pernah mencadangkan pengguna memakan batu kecil sebagai sumber vitamin!

Insiden ini membuka perbincangan tentang tanggungjawab syarikat teknologi dalam memastikan produk mereka selamat digunakan.

Walaupun AI boleh memudahkan hidup, ia juga ada risiko, terutamanya jika tidak dipantau dengan baik.

AI mungkin pintar, tapi tanpa kawalan, ia boleh jadi ‘error’ yang sukar dimaafkan.

Ingat, begitulah bermulanya Skynet dalam filem Terminator. Jangan sampai teknologi yang kita cipta bertukar menjadi ancaman kepada kita sendiri.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Apabila tiba musim konvokesyen, pasti akan teringat memori ini. Memori…