fbpx

Aku Tak Sokong Kempen BMF Sebab…

  • 5 years ago
  • 4Minutes
  • 631Words
  • 512Views

Aku tak sokong kempen BMF sebab…

“Aku tak sokong BMF sebab kita pilih produk dan perkhidmatan berdasarkan kualiti. Bukan berdasarkan bangsa. Kita bukan assobiyah. Yang penting halal”

Al-Jawab;

Bro, kita bukan pilih bangsa. Kita pilih agama. Bangsa kita tak boleh ubah.

Kebetulan di Malaysia, majoriti Islam ialah dari orang Melayu.

Jadi kita utamakan produk keluaran Muslim yang majoriti daripada Melayu Muslim dan juga Muslim dari bukan Melayu.

Apa kau ingat produk diorang tak ada kualiti?

“Aku tak sokong BMF sebab sepatutnya bukan “buy Muslims’ first”, tapi utamakan halal toyyiban Malaysia. Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM ini diiktiraf antarabangsa tau?”

Al-Jawab;

Betullah tu. Beli produk halal Malaysia yang dikeluarkan oleh orang Islam, secara automatik menyokong sekaligus BMF.
sokong kempen beli produk halal JAKIM.

Banyak je produk Muslim yang ada logo halal JAKIM. Maknanya produk mereka halal yang diiktiraf antarabangsa.

Jadi salah ke kalau aku sokong produk halal Malaysia yang diiktiraf antarabangsa yang dikeluarkan oleh orang Islam?

“Aku tak sokong BMF sebab secara automatik kempen BMF ini adalah kempen boikot produk halal keluaran non-Muslim.”

Bro, kita bukan boikot.

Dalam keutamaan kempen BMF, ada 4 step keutamaan dalam membeli produk.

Pertama, beli produk Muslim dijual oleh Muslim.
Ke-2, beli produk Muslim dijual oleh non-Muslim.
Ke-3, beli produk non-Muslim dijual oleh Muslim.
Ke-4 dan terakhir, beli produk non-Muslim dijual oleh non-Muslim.

Nampak tak? Ada separuh daripada pilihan ini masih ada peluang untuk non-Muslim.

Mana boikotnya?

“Bokoit la tu. Apabila kita beli produk halal Muslim secara automatik kita yak beli produk non-Muslim walaupun halal. Bila tak beli, maknanya boikot”

Aduhai.

Contoh macam ini la. Katakanlah ada syarikat XYZ buat promosi “belilah barangan keluaran XYZ”, adakah itu bermaksud syarikat tersebut buat kempen boikot produk syarikat lain?

Kalau guna logik kau, tak boleh mana-mana syarikat promosi beli produk mereka sebab apabila buat promosi beli produk mereka bermaksud ia adalah boikot.

Nampak tak betapa janggalnya kau punya logik?

“Aku tak sokong BMF sebab sepatutnya buatlah kempen lain. Kempen “beli barang tempatan”, atau kempen “makan buah-buahan tempatan”

Bro, tak ada masalah pun buat kempen-kempen tu.

Tapi tak perlulah perlekeh kempen BMF.

Kalau nak perlekeh, kempen-kempen yang kau cadangan, boleh sangat.

Takkan nak boikot produk luar negara? Takkan nak boikot buah-buahan luar negara?

Tak kualiti ke produk luar negara? Tak sihat ke buah-buahan luar negara.

Itu kalau nak perlekeh la. Macam-macam modal idea nak cari kelemahan.

“Aku tak sokong BMF sebab patutnya buatlah kempen “boikot rokok”, kempen “boikot produk haram”, kempen “boikot produk tak patuh syariah”, kempen “boikot insurans konvensional”. Semua ini sah-sah haram!”

Bro, kempen BMF ini tak bertentangan pun dengan semua kempen tu.

Semua-semua tu dah memang haram.

Sepanjang kempen BMF ini, pernah nampak penyokong BMF promote produk haram?

“Aku tak sokong kempen BMF ini sebab ia agenda politik PAS UMNO”

Bro, kempen ini bukan kempen politik.

Sama macam kempen-kempen yang Bro cadang sebelum ini; kempen “beli produk halal toyyibah”, kempen “beli buah-buahan tempatan”, kempen “boikot rokok” dan segala macam kempen yang Bro cadang tadi – ia bukan kempen politik.

PKR, AMANAH, BERSATU nak sokong pun tak ada masalah. Tak perlu masuk PAS atau UMNO pun untuk sokong kempen ini.

Ia dicetuskan dari rakyat Muslim Malaysia dan kemudiannya digerakkan oleh NGO seperti PPIM, UMMAH dan disokong NGO lain serta disokong oleh PAS dan UMNO.

Soalnya, kena parti-parti dalam PH tak sokong?

“Aku tak sokong BMF sebab…”

Tak kisah apa sahaja alasan kau tak nak sokong.

Tapi boleh tak kau diam tak perlu komplen banyak sangat?

Kau nak buat kempen lain, kau punya pasal.

Tapi tak perlu la sampai kau beria nak lawan tapi perkataan “sokong” dengan “boikot” pun tak dapat bezakan.

Atau kau nak pertahankan bos kau?

“Errrr….”

Ada lagi alasan yang mereka berikan?

Kongsikan di ruang komen. Kita jawab.

“Tak ada sebab demo nok lawe kawe “.

Afyan Mat Rawi
Penyokong Kempen BMF

 

Sumber dari Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Trivia Hari Malaysia 1. Hari Malaysia sudah wujud sejak tahun…