fbpx

Al Fatihah Buat Abam Bocey

  • 4 years ago
  • 1Minute
  • 190Words
  • 366Views

Masa mula-mula dijemput untuk menyertai program Ambang Tahun Baru 2020, saya diberitahu ada artis popular, Sdra Abam Bocey akan menyertai program ini.

Saya tak berapa kenal sangat beliau tapi diceritakan beliau antara pelawak tanah air. Saya baru dikhabarkan ketika malam program, bahawa beliau memang anak jati Gombak. Tapi tak sempat saya bermesra dengan beliau memandangkan slot kami berasingan.

Jarang artis popular seperti beliau boleh terima program anjuran parti lebih-lebih lagi parti pembangkang. Sebab nak kekalkan imej non-partisan.

Jika PU Syed, memang dah disinonimkan dengan PAS. Saya pula tak kisah pun parti mana jemput, asalkan topik sesuai. Topik malam itu berkenaan kewangan anak muda, memang bidang saya. Jika topik pasal politik, memang saya tolak.

Kelmarin, kita dikejutkan dengan pemergian beliau.

Kemudian, salah seorang AJK program, Sdra Mohd Afif Abd Aziz berkongsi mesej dengan beliau membuatkan saya sebak. Rupa-rupanya beliau memang memilih untuk menghadiri program keagamaan dan tidak kisah dengan bayaran.

Saya skrol-skrol album kamera, tak ada pula gambar saya dengan arwah ketika malam program. Ralat rasanya.

Semalam dikhabarkan, solat jenazah belaiu dihadiri oleh ribuan manusia. Moga ia petanda kematian yang baik.

Semoga Allah rahmati beliau.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tak pasal-pasal kerjaya sebagai…