fbpx

Alfafa, Cukup Sampai Di Sini

  • 8 years ago
  • 2Minutes
  • 343Words
  • 915Views

 

Saya baru sahaja menerima salinan perintah mahkamah yang mengandungi arahan pembatalan saman pemula Alfafa terhadap saya.

Mahkamah menolak saman pemula Alfafa dan Norsham terhadap saya dengan kos RM10,000 untuk dibayar dalam masa 7 hari.

Andainya dalam masa 7 hari dari tarikh hari ini mereka tidak membuat bayaran, step seterusnya untuk pilihan saya ialah teruskan dengan tindakan penggulungan syarikat Alfafa.

Minggu lepas saya ada umumkan untuk mengumpulkan mangsa Alfafa untuk mengambil tindakan bersama. Saya sasarkan 10 orang, tapi malangnya hanya 3 orang sahaja yang menampilkan diri. Saya anggap mereka pasrah.

Rujuk: Alfafa: Next Move (Finale)

Pilihan seterusnya ialah saya biarkan sahaja dan ia sudah pun memberi pengajaran terbaik kepada masyarakat.

Pilihan lain memohon perintah mahkamah untuk penggulungan syarikat Alfafa dan ia memerlukan kos.

Berkenaan dengan kos, untuk kes saman pemula dan saman fitnah sebelum itu, saya ada menjalankan Jualan Amal dan berjaya kumpulkan sehingga semalam RM18,000+++ untuk menampung kos. Masih belum mencapai sasaran.

Revisited Jualan Amal: https://www.facebook.com/afyan.ikhlas/posts/10211180878748523

Jika saya teruskan lagi untuk membuat tuntutan penggulungan syarikat, maka akan ada kos lagi.

Jadi setakat ini, saya tidak bercadang untuk meneruskan sebarang tindakan selanjutnya.

Cukuplah sampai di sini sahaja perjuangan saya melawan Alfafa, kecuali jika mereka mengambil tindakan untuk membuat rayuan atau ada pihak yang sudi menampung kos urusan selanjutnya.

Saya kira ia sudah cukup panjang perjalanan saya “bersama Alfafa” yang bermula sekitar tahun 2013

Di kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih, lepas semua pihak yang memberi sokongan, terutama isteri dan anak-anak serta bonda dan adik beradik di kampung yang sentiasa bertanya khabar, juga semua rakan-rakan seusrah, seINFAQ, sejensi, seGombak, sesekelas KA SMTM, sesekolah SHAMS, seUia, seAIKOL, sebatch T01, seTakaful IKHLAS, seOSA, sePhillip Mutual, Neelofa yang setiap kali berjumpa akan menyapa “Eh, bagaimana kes Alfafa hari tu?”, tidak lupa kepada para pembeli ebook Bijak Merancang Wang dan para peserta Seminar Bijak Merancang Wang serta selllllluuuuruh kenalan, friends dan follower saya yang banyak memberi sokongan kepada saya sepanjang kes ini.

Ada lagikah yang masih mengikuti kes ini?

Atau Melayu mudah lupa?

Afyan Mat Rawi
2:50 pm
9 Mac 2017
Gombak

Ikuti saya di telegram https://t.me/tipsRM

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Pada tahun 60-an, Warren Buffet, pelabur tersohor pernah berkata; "Jika…