fbpx

Fingo ?

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 302Words
  • 575Views

Sejak dari bulan lepas, setiap hari orang tanya saya pasal Fingo.

Saya yakin, sampai tahun depan akan ada soalan sama.

Ini antaranya, saya screnshoot dari kotak mesej FB saya.

 

Saya tak tahu, dan tidak mahu ambil tahu.

Trend sama pernah berlaku ketika musim

  • emas ETA,
  • Mecca Fund,
  • Alfafa,
  • Future Barrel,
  • Kopi Pak Belalang,
  • Wadiah Trading,
  • Highway Group,
  • Kazanah Bangsa,
  • Darul Emas Perak,
  • ARBA,
  • Lavida Coin,
  • Pencil,
  • Neelofa,
    … dan bermacam skim buat duit yang ada.

Setiap kali ada skim buat duit baru, mesti ada yang bertanya.

Pertama sekali, suka saya nyatakan bahawa saya tidak menyertai dan mengkaji pun Fingo.

Oh ya, sama juga dengan skim-skim di atas, saya tidak menyertainya dan tidak mengkajinya secara detail.

Saya hanya kongsikan prinsip-prinsip umum.

Untuk baca detail, boleh dapatkan buku “Tersontot Di Pintu Shorga”, saya kongsikan catatan-catatan pengalaman melawan scammer.

Kalau susah nak cari buku tersebut, boleh baca artikel-artikel saya di bawah;

Berhati-Hati Dengan Bisnes MLM / Refferal Yang Banyak Menceritakan Tentang Peluang Buat Duit

Tip Bisnes | MLM / Refferral Program / Affiliate

Semua Kompeni dan Produk MLM Boleh Dimanipulasi

Uji Kaji Mudah Untuk Join Bisnes MLM

I Have A Pen, I Have A MLM.. Uhhhh….

Manipulasi MLM Sehingga Menjadi Money Game, Skim Cepat Kaya & Tidak Patuh Syariah

Prinsip yang sama Tuan-Puan boleh gunakan untuk sertai mana-mana bisnes atau pelaburan atau peluang buat duit.

  • MLM,
  • Takaful,
  • Unit Trust,
  • Tupperware,
  • Coway,
  • Cuckoo,
  • Osem,
  • Mira Filzah,
  • INFAQ Consultancy

Panjang lebar saya kongsikan dalam tulisan-tulisan di atas. Boleh baca satu persatu, dan buat penilaian sendiri.

Masih tak faham?

Panjang sangat nak baca?

Ini jawapan simple saya;

“Jika ragu, jauhkan.

Jika yakin, silakan.”

Tak puas hati lagi?

“Suka hatilah nak join atau tak. Bukan duit saya”.

Puas hati?

Afyan Mat Rawi
Penulis buku “Tersontot Di Pintu Shorga“.

Jika tulisan ini bermanfaat, mohon klik share.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ada 2 soalan popular yang sedang berlegar berikutan pulangan ASB…