fbpx

Alternatif ASB Financing / ASB Loan (2)

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 249Words
  • 436Views

Beberapa hari lepas saya ada menulis posting bertajuk “ALTERNATIF ASB FINANCING / ASB LOAN”.

Ia bertujuan utk memberi cadangan produk yg mempunyai potensi yg sama, dgn komitmen yg sama, sama ada secara lump sum atau ansuran tapi tidak perlu berhutang.

Caranya ialah melalui produk saham amanah / unit trust yg memberi pulangan 9% ke atas, yg mana hanya sekitar 10% sahaja dana unit trust Malaysia yg merekodkan pulangan sebanyak itu dlm masa 5 ke 10 tahun (berdasarkan pemerhatian saya di laman web my.morningstar)

Boleh skrol FB saya utk membaca posting berkenaan yg disiarkan pada 4 Disember lalu, atau rujuk link di komen pertama

Namun, ada segelintir ejen unit trust yg menggunakan tulisan saya tersebut utk memburuk-burukkan produk ASBF.

Malah ada yg mendakwa unit trust lebih menguntungkan kerana boleh memberi pulangan yg lebih tinggi sehingga 12% yg menghasilkan pulangan yg lebih besar berbanding ASBF.

Lebih buruk lagi, ada yg sampai mengutuk ASB menggunakan hujahan agama walhal ia perkara khilaf dalam kalangan ulama di Malaysia.

Walhal dalam tulisn asal langsung tidak disentuh bab hukum, yg saya lebih suka ia diserahkan kpd pakar-pakar muamalat utk membincangkannya.

Kpd rakan-rakan pengguna, jika ada ejen unit trust yg mempromosi begitu, elok berhati-hati dan jangan telan bulat-bulat.

Cuba tanyakan kembali 2 soalan ini kpd ejen tersebut:-

(1) Apakah dana unit trust yg boleh berikan pulangan tahunan 12% dlm masa 5 ke 10 tahun?

(2) Fatwa mana yg mengatakan ASB adalah syubhah?

Wallahua’lam.

IKLAN: ASB Financing PALING RENDAH DI DUNIA.

Afyan Mat Rawi, IFP

Sebarkan supaya ramai yg mendapat manfaat tulisan ini.

Nota: Saya bukan pendeposit ASB dan ASBF.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ramai yg menjangka tahun 2017 ekonomi negara kita akan menjadi…