Ambil pengajaran daripada kisah Shuk Sahar yang terpaksa jual rumah untuk bayar hutang kad kredit dan cukai

  • Reading:2Minute:s
  • PostView Count:3354Views

Jadikan pedoman.

Terpaksa bergolok bergadai untuk bayar hutang kad kredit dan cukai LHDN.
Mujur ada rumah yang boleh dijual.

Cara paling murah untuk elak hutang kad kredit ialah jangan pakai kad kredit.

Kalau pakai juga, ambil yang paling minima kredit limit. Jadikan ia sebagai kemudahan, bukan kemewahan. Lepas guna terus bayar. Bukan bayar paling minimum. Bayar habis.

Alternatif kepada kad kredit ialah kad debit. Sama je macam kad kredit, cashless dan boleh swipe.

Berdasarkan berita daripada Harian Metron, pelawak dan pengacara popular, Shuk Sahar dilaporkan mahu menjual rumahnya yang terletak di Denai Alam, Shah Alam dengan harga RM1.2 juta kerana memerlukan wang.

sumber gambar Harian Metro

Shuk, 37, atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar dalam hantaran video dimuat naik pengguna di TikTok berkata, dia perlu menjual rumah itu bagi meneruskan kehidupan dan memulakan sesuatu yang baharu.

“Saya memang perlukan duit untuk teruskan kehidupan dan mulakan benda-benda baru, sebab itu perlukan duit. Jadi sesiapa yang rasa berkemampuan nak tengok rumah dan tengah cari rumah di Elmina Ferrea boleh mesej (DM) saya di Instagram untuk tengok rumah.

“Saya juga sudah lantik ejen bagi membantu menjual rumah ini. Rumah ini sudah habis buat (ubahsuai) semuanya. Ada bilik main snuker. Saya nak jual RM1.2 juta,” katanya.

Berita penuh di sini


BukuBMW.com <——- Belajar ilmu-ilmu kewangan secara bermodul menggunakan #BukuBMW Buku Bijak Merancang Wang

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
Tahukah anda, tidak ada hadith atau ayat Quran yang menyatakan…