fbpx

ANALISIS: TABUNG HAJI: HIBAH ATAU Hiba? Oleh TV Al-Hijrah

  • 5 years ago
  • 8Minutes
  • 1483Words
  • 487Views

https://youtube.com/watch?feature=youtu.be&v=RAAoPZgnkqI&fbclid=IwAR3Qs6lYxHrURUKK1V_FICh12A9TdhAiAMwk6AXLBz0EUi5DY0gYRuwe1XQ

“Selepas 1.25% diumumkan, kami mendapat 3,600 akaun baru dan lebih daripada RM300 juta deposit baru”

Ringkasan ini daripada sesi ANALISIS: TABUNG HAJI: HIBAH ATAU Hiba? Oleh TV Al-Hijrah:

3 ahli panel:
Datuk Dr Daud – penasihat syariah BNM
Datuk Zaitun – pengerusi jawatankuasa audit TH
Najib Saahari – penganalisa saham

Sumber: Youtube disini

Datuk Zaiton 
1) Kalau nak bagi jugak hibah melebihi kemampuan TH, lama-lama habislah duit pendeposit

2) Akta untuk memelihara deposit. Ianya penting untuk diikuti

3) Memang 4 tahun berturut-turut sebelum ni aset kurang daripada liabiliti

Datuk Dr Daud

4) yang sedih dengan 1.25% ni adalah mereka yang mengharapkan dividen yang lebih besar

5) berbanding sedih dengan hibah yang kecil, kita sepatutnya lebih sedih dengan keadaan pengurusan yang berlaku dalam Tabung Haji, selepas ditolak liabiliti-liabiliti yang terangkum dalam tahun-tahun yang lepas

6) ini (bagi hibah sikit) adalah satu benda yang perlu dilakukan untuk seperti me baiki rumah yang bocor

7) tahun lepas pada asalnya hibah berdasarkan baki minima, kemudian ditukar. Yang peliknya cara kiraan ditukar dan kadar hibah dikekalkan, tetapi perakaunan diubah. Di mana keuntungan naik daripada RM2.5bn kepada RM3.4bn dan rosot nilai dikurangkan daripada RM440 juta kepada RM120 juta.

😎 hibah itu perlu real berdasarkan keadaan semasa. Kalau bagi lebih untuk orang suka, kapal itu boleh jadi karam

9) ini adalah konsep pemulihan

Najib Saahari

10) dari sudut pelaburan, 1.25% adalah pulangan yang merugikan pelabur disebabkan negative return selepas ditolak inflasi

11) lebih mengecewakan adalah statement yang keluar untuk menjustifikasi hibah itu

12) ada yang kata hibah sebelum ni advance payment. Sedangkan hibah itu hadiah, jadi tak boleh ditarik balik

(siapa tau siapa yang cakap hibah sebelum ni advance payment ekk?)

13) Kenapa tidak cakap je hibah rendah sebab kejatuhan pasaran saham

14) Najib Saahari bersetuju untuk diberikan hibah 1.25% sekadar tidak bersetuju dengan nilai hibah itu

15) Najib Saahari tidak bersetuju untuk mengubah standard accounting dan akta TH semata-mata untuk memberikan hibah yang tinggi

16) Tetapi jika standard accounting diubah atas standard yang dibenarkan, dia bersetuju

17) TH sebelum ni mampu memberikan hibah yang tinggi atas tafsiran dan standard yang dibenarkan

18) Pentadbiran dahulu mampu memberikan hibah sebab mereka menggunakan ‘realisable asset value’, iaitu nilai semasa aset pada penghujung tahun 2017

Datuk Zaiton (counter point Najib Saahari)

19) Realisable asset value mesti dizahirkan dalam penyata akaun. Masalahnya, realisable asset value itu tidak dizahirkan sebelum ini dalam akaun TH

20) kalau tengok akaun 2017, aset RM70bn, pendeposit RM74bn, negative reserve (disebabkan rugi) ditolak daripada duit pendeposit.

21) Kerugian tidak boleh ditolak daripada duit pendeposit.

22) Merujuk kepada soalan moderator berkaitan claim DS Najib berkaitan 1.25% disebabkan pasaran saham yang jatuh teruk, Datuk Zaiton menerangkan yang kejatuhan nilai pelaburan TH tidak bermula pada tahun 2018.

23) Ia bermula dari tahun 2012.

24) Kita beli FGV pada tahun 2012 dengan RM4.62 seunit. Akhir tahun 2014, sudah jatuh RM2.18 seunit. Akhir tahun 2016, RM1.1 seunit.

25) Jadi masa tahun 2018 rosot nilai dibuka, ia cumulative. Daripada selama ni tak buat, kita baru buat. Sebab tu impak dia besar. Jadi kejatuhan tu bukan hanya mula tahun 2018

26) Kita baru keluarkan Realisable Asset Value itu pada tahun 2018. Ini mengikut Financial Reporting Standard.

27) Financial Reporting Standard ni cuma cermin. Cermin yang kalau nak jual semua aset hari ni, berapa boleh dapat.

28) FGV hanya satu contoh. Nak bagi contoh lain boleh, tapi tak cukup masa

Datuk Dr Daud

Merujuk kepada persoalan moderator berkaitan claim DS Najib yang SPV itu tidak perlu kerana kerajaan menjamin duit pendeposit

29) SPV ni bukan benda baru. Ianya suatu badan yang ditubuhkan untuk menguruskan harta tertentu, yang terpisah daripada liabiliti pemiliknya

30) Jika ianya gagal, ianya tidak melibatkan kerajaan, tidak melibatkan TH. Satu konsep yang digelar ‘remote bankruptcy control’

31) TH ada dua pilihan. Samada menyimpan aset toksik (rugi) tersebut atau jual kepada entiti lain untuk memulihkan aset tersebut

32) TH menjual aset yang sedang sakit itu dengan pulangan yang cukup banyak. Naik daripada RM9.7bn kepada RM19.9bn.

33) disebabkan kekangan kewangan, kerajaan mengeluarkan zero-coupon sukuk. Senang kata sukuk yang tanpa sebarang kos tahunan.

34) TH kini yang paling mendapat faedah daripada SPV ini. Sebab mereka tidak lagi perlu memikirkan berkaitan aset yang sudah jatuh teruk ini

35) Mereka kini dah boleh focus kepada core business: ambil deposit dan laburkan.

Najib Saahari

Merujuk kepada soalan moderator yang kaedah penetapan polisi rosot nilai aset kewangan TH ditukar daripada 75% kepada 85% dan 3 hari kemudian ditukar kepada 90%. Adakah 90% ini berhemah?

36) Dalam perakaunan, kita perlu lakukan impairment, tetapi cara impairment tidak diberitahu dengan jelas. Tidak ada standard

37) Jadi ianya terpulang kepada justifikasi pengurusan yang terdahulu

38) Betul ianya tindakan yang tidak berhemah. Bukan prudent accounting

39) Sukuk yang dikeluarkan untuk SPV adalah dipegang oleh TH. Tetapi memandangkan ianya zero-coupon / tidak ada cashflow, maka ianya sepatutnya masuk dalam impairment di dalam akaun Tabung Haji. Maka sebenarnya lubang RM10bn itu tidak ditutup.

40) Kalau nak amalan prudent accounting, maka sukuk yang SPV itu pun perlu impair

Datuk Zaiton

41) Kalau standard perakaunan tidak ada guideline langsung, tak bergunalah standard perakaunan tu. Standard impairment itu ada, 20% is substantial if 12 months is prolonged

42) Kita sebagai akauntan kena beretika. Memang kita boleh ada judgement kita. Tapi tak boleh dalam 3 hari tukar daripada 85% kepada 90%. Mana etika.

43) Impairment ni bukan sekadar literal accounting sahaja. Kalau bila matang, adakah sukuk itu akan dibayar oleh SPV tersebut?

44) Kerajaan sudah membuat peruntukan, RM1.7bn setiap tahun selama 10 tahun, untuk memastikan yang sukuk itu dibayar balik.

45) Disebabkan itu, disebabkan accounting ada principal, kita tengok persekitaran dan fakta-fakta yang penting. Bukan setakat cashflow. Kita tengok juga boleh bayar balik ke tidak.

46) Impairment ni apa? Impairment ni kalau saya ada bagi pinjam seringgit, kalau saya nak dapatkan balik seringgit tu, boleh dapat tak?

47) Jadi kalau kerajaan dah set aside RM1.7bn setahun, memanglah boleh dapat balik. So what is there to impair

Najib Saahari

48) Itu hanya statement tanpa sebarang agreement. Tak binding to law. Kita tak boleh menjamin pulangan tu akan dibawa balik

Datuk Zaiton

49) Ini hanyalah prasangka. Sebab sukuk ini belum issue pun. Sukuk itu akan diterbitkan sebelum akhir bulan Mei 2019. Jadi kalau nak kata ianya tak ada dokumen, dokumen tu belum dibuat pun

50) Merujuk kepada soalan moderator apa keperluan TH mematuhi MFRS (Malaysia Financial Recording Standard).

Semua syarikat yang ada anak syarikat bawah kawal selia BNM, kita perlu ikut MFRS. Memandangkan Bank Islam bawah TH, maka TH perlu ikut MFRS.

51) Kalau ikut MFRS, kita kena ikut sepenuhnya. Tak boleh pilih-pilih

52) Memang ada aset jatuh nilai pada tahun 2018. Tapi kebanyakan rosot nilai tu sejak tahun 2012.

53) 2018 nampak teruk sebab di situ kita buat penzahiran yang pertama

(aku confuse sikit… Jadi defisit RM4.1bn pada tahun 2017 tu memang walau tanpa impairment terkini dibuat ke?)

54) Tanpa pemindahan ke SPV, akan sangat lama tak dapat nak bayar hibah pun.

Datuk Dr Daud

Merujuk kepada soalan moderator ada yang claim MOF ‘merampas aset TH’

55) TH dapat nilai yang sangat tinggi daripada penjualan aset kepada SPV. Tak normal. Lebih daripada 100% nilai semasa Macam tak adil untuk kerajaan pun ada

56) Jadi itu bukan merampas. Itu menyelamat.

Najib Saahari

57) Daripada 106 ekuiti yang di pindahkan, ada 8 yang tidak memenuhi requirement yang mana memerlukan paling kurang 20% rosot nilai. In fact ada 2 syarikat yang untung, dipindahkan juga. Iaitu TRC Synergy dan UEM Edgenta

Dikatakan TRC Synergy dah untung 50% dan UEM Edgenta 13-15%. (tak diterangkan ini untung berbanding harga beli semasa bila)

58) Merujuk kepada soalan moderator samada ada cara lain selain SPV, kerajaan boleh suntik je RM10bn untuk tutup terus lubang tu, yang mana mengikut MFRS132-16, TH tak ada obligation untuk bayar balik. Duit tu boleh gunakan untuk setup proprietary fund, yang mana keuntungan boleh dapat kat TH. Aset-aset (toksik) TH boleh dipulihkan dalam TH. Dan keuntungan proprietary fund tu boleh digunakan untuk kos pemulihan aset tersebut dalam TH.

59) dengan cara ni kerajaan hanya keluarkan RM10bn dalam masa 1 tahun, berbandinf RM1.7bn dalam masa 10 tahun

60) Dengan cara ni kita boleh mewujudkan peluang pekerjaan baru, dan jimat RM7bn.

Datuk Zaiton

61) Dalam akta TH tak ada peruntukan sebegitu. Dalam akta, kalau TH tak boleh bayar duit deposit, kita boleh ambik daripada consolidated fund

62) Selepas 1.25% diumumkan, kami mendapat 3,600 akaun baru dan lebih daripada RM300 juta deposit baru. Tidak ada pengeluaran panik yang dilakukan.

(wow!)

63) Pendeposit baru dengan duit deposit baru menambahkan semangat kami untuk menjaga kepentingan pendeposit. Terima kasih Malaysia atas keyakinan itu

64) Selepas ini TH akan mula berikan update penyata kewangan mereka setiap 3 bulan. Jadi tak perlu tunggu setahun sekali, tengah tahun dah boleh agak berapa hibah akak dapat.

65) Masa orang tertanya-tanya apa jadi kepada Tabung Haji sudah berlalu

Sesi ni ada lagi dalam 13 minit. Tapi aku nak habiskan di situ sebab best untuk habis di situ. Satu je lagi point yang penting, Datuk Zaitun mengatakan lepas ni TH akan lebih kepada money market dan bond market. Senang cerita macam KWSP, yang mana TH akan kurangkan pelaburan di dalam pasaran saham, sebab yang banyak jatuh sekarang ni di situ

Ini hanya ringkasan bukan ulasan. Ilmu aku cetek sangat berbanding ahli panel yang dijemput.

Boleh nilai sendiri segala hujah dan fakta yang diberikan.

Tulisan asal Tuan Izzuddin Yussof. Saya suka tulisa dan ulasan beliau tentang ekonomi.

 

Sumber ari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Hari ini seharian berprogram bersama #TeamTakaful INFAQ Consultancy Dari jam 8 pagi…