Kerjaya Kewangan antara Kerjaya Yang Menawarkan Pendapatan Yang Tinggi

Tidak dapat dinafikan, peluang kerjaya dalam bidang kewangan merupakan antara kerjaya yg menawarkan pendapatan yg tinggi.

Setiap tahun, statistik penyertaan ke dalam bidang ini sungguh memberangsangkan.

Memang ada yg sudah menjadi jutawan dalam masa singkat apabila menyertai bidang ini terutama yg menyertai dalam bidang jualan seperti ejen takaful, ejen insurans, ejen unit trust dan lain-lain.

Dalam masa sama, tidak kurang juga yg gagal di tengah jalan atau di tepi jalan.

Ada satu jenaka yg berbunyi;

“Jika kita ambil 10 biji batu dan lemparkan ke pasar malam, nescaya sebiji batu akan terkena ejen takaful / isnurans / unit trust atau bekas ejen takaful / unit trust / insurans”.

Namun, tahap kesedaran kewangan di Malaysia masih lagi rendah berdasarkan fakta dan statistik yg ada;

1. 30% daripada rakyat Malaysia yg diisytiharkan bankrap datang dari yg berusia bawah 30 tahun.

2. 60% pencarum KWSP akan menghabiskan simpanan KWSP mereka dalam masa 3 tahun selepas bersara.

3. 90% pemegang polisi insurans memiliki jumlah coverage yg rendah atau under insured.

4. Lebih RM60 billion harta beku.

Jadi atas dasar itu, kami di INFAQ Consultancy mengambil inisiatif utk berkongsi dengan lebih ramai lagi tentang kerjaya dalam bidang ini utk membantu masyarakat di luar sana menguruskan kewangan dengan betul.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com