Anda pilih falsafah mana? Work life balance atau henyak sampai lunyai?
Terbaca satu posting di Twitter: Korang mazhab mana? “Work life balance” atau “henyak sampai lunyai”?
Isu ini bermula dengan video Azri Walter yang membawa fahaman “Henyak sampai lunyai”, diikuti dengan satu video oleh Coach Kevin Zahari yang membawa mesej “work life balance”, dengan kisah orang berjaya yang menyesal kerana tidak menumpukan masa ketika muda untuk keluarga anak-anak “
Ini pandangan saya:
Kenapa perlu memilih antara “work life balance” vs “henyak sampai lunyai”?
Kenapa tidak kedua-duanya?
Mulakan kehidupan dengan cara “henyak sampai lunyai” masa muda dan bertenaga, supaya dpt “work life balance” apabila berkeluarga kelak, lebih-lebih lagi di usia emas.
Berbanding jika masa muda-muda konon-konon nak “work life balance” dan buat kerja cincai, kemudian apabila makin berusia menyesal tak usaha sungguh-sungguh ketika muda. Masa ni, tak sempat nak henyak, dah lunyai sebab usia semakin tua.
Kedua-dua video Azri Walter dan Kevin Zahari tidak bertentangan pun. Azri Walter banyak membangunkan usahawan muda yang rata-rata adalah belia yang baru habis belajar yang belum berkeluarga. Manakala Kevin Zahari pula bercerita penyesalan orang yang berjaya kerana ketika anak-anak membesar, mereka tidak banyak luangkan masa.
Sebenarnya “henyak sampai lunyai” dan “work life balance” juga boleh berjalan serentak apabila apabila kita lakukan perkejaan yang kita suka. Maksudnya, kerja yang kita lakukan itulah kehidupan kita sehari-hari.
Jika kita dapat jadikan minat, kegemaran dan keghairahan kita sebagai sumber pendapatan kita, seolah-olah kita tidak lagi bekerja. Dan sebenarnya inilah cara orang yang benar-benar kaya bekerja. Mereka bekerja kerana mereka memang minat dalam bidang yang diceburinya.
Saya pernah mendengar nasihat daripada seorang tokoh “Jika kita kerja apa yang kita suka, maka kita tidak perlu bekerja selamanya”
Dalam buku “Self Made Millionaire” tulisan Adam Khoo ada menyebut tentang perkara ini sebagai salah satu daripada 9 habit jutawan. Katanya,
– Orang biasa-biasa bekerja untuk dapatkan wang supaya dapat lakukan apa yang mereka sukai.
– Tapi orang yang multi jutawan, lakukan apa yang mereka suka untuk mendapatkan wang, seterusnya mereka teruskan apa yang mereka suka untuk menghasilkan lebih banyak wang.
Namun jika “henyak sampai lunyai” memberi kesihatan, perlu dapatkan nasihat daripada pakar. Kena usahakan kerjaya yang sesuai. Pilih “henyak sampai lunyai”, yang tidak menjejaskan kesihatan.
Apapun hidup adalah apa yang kita pilih. Ada suka suka memilih hidup sederhana. Ada orang suka memilih hidup kaya raya. Pilihan di tangan anda.
Majoriti orang yang saya jumpa, hidup mereka biasa-biasa sahaja. Nak kata hidup mereka “work life balance” tidak, nak kata “henyak sampai lunyai” pun tidak. Golongan sebegini, selalunya daripada M40, yg saya dang struggle bersama keluarga.
Utk golongan sebegini, jika nak berubah, perlu buat keputusan sama hendak terus struggle sebegitu rupa, atau decide untuk lakukan perubahan. Jika nak berubah, memang kena lalui fasa “henyak sampai lunyai” buat tempoh tertentu, untuk menikmati “work life balance” sebenar.
Prinsip saya, “Biarlah gaji kita 20k tetapi berkat daripada gaji 2k tapi berkat”.
[IKLAN: Belajar ilmu-ilmu kewangan secara PERCUMA di Channel Telegram t.me/AfyanIFP]Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran