fbpx

Anggaran Awal Gaji Kehidupan Wajar Di KL-Ini Komen Saya

  • 7 years ago
  • 3Minutes
  • 539Words
  • 768Views

Ini adalah data daripada Bank Negara Malaysia daripada laporan bertajuk “The Living Wage: Beyond Making Ends Meet”.

Laporan 10 mukasurat ini boleh dibaca sepenuhnya di website BNMB

Menarik berkenaan pendapatan yg wajar di Kuala Lumpur dengan kos sara hidup yg meningkat hari ini.

Ini antara data daripada laporan tersebut dan komen saya di bawah sekali.

1. Bagi individu bujang, gaji yang wajar ialah RM2,700 sebulan dengan;
– menyewa bilik berbanding menyewa rumah
– makan di luar dan sesekali memasak
– lebih banyak menggunakan pengangkutan awam berbanding memandu

2. Bagi pasangan yang sudah berkahwin pula, pendapatan minimum yang wajar ialah RM4,500, dengan
– menyewa apartment 1 bilik
– banyak makan di luar
– mempunyai sebuah motosikal dan sebuah kereta

3. Manakala bagi keluarga dengan 2 orang anak pula memerlukan pendapatan isi rumah minimum RM6,500, dengan
– menyewa apartment 3 bilik
– lebih banyak memasak, dan makan luar di hujung minggu
– memiliki 2 kenderaan
– bayar kelas tambahan untuk setiap anak

Pendapat wajar ini adalah berdasarkan kos minima yang memenuhi 3 ciri utama kehidupan di Kuala Lumpur;

1. Bersosial bersama masyarakat,
2. Mempunyai perkembangan hidup, individu dan keluarga
3. Bebas daripada tekanan kewangan

Dan berdasarkan kajian, kira-kira 73% penduduk di Kuala Lumpur memenuhi pendapatan wajar ini.

Kajian di Kuala Lumpur ini menjadi penanda aras tahap kehidupan rakyat Malaysia memandangkan ia adalah tertinggi diikuti Johor Bharu dan Pulau Pinang.

Dalam laporan itu juga menyebut, jika dibandingkan dengan Muar atau Kubang Kerian, pendapatan RM2,700 bagi individu bujang dianggap mewah kerana kos di sana yg lebih rendah.

DI BAWAH INI ADALAH KOMEN SAYA;

UMUM
– Dalam laporan tidak disebutkan sama ada ia adalah pendapatan bersih atau kasar. Cuma sefaham saya ialah pendapatan boleh guna atau take-home income untuk perbelanjaan kos sara hidup.

– Saya agak terkejut dengan statistik 27% sahaja penduduk di Kuala Lumpur yang tak memenuhi kadar pendapatan wajar.

– Bermakna 73% penduduk Kuala Lumpur memenuhi kadar pendapatan wajar yang minimum diperlukan setiap bulan. Ia satu jumlah yang tinggi.

BUJANG
– Jila anda bujang dengan pendapatan RM2,700 sebulan, gunalah peluang yg ada untuk menyimpan dan melabur bagi merancang kewangan sebaiknya.

– Dengan andaian sewa bilik RM300, kos makan RM20 sehari atau RM600 sebulan, dan transport awam RM200 sebulan, anda ada baki lagi RM1,600 setiap bulan untuk disimpan dan dilaburkan.

BERKAHWIN
– Apabila mula berkahwin dengan pendapatan isi rumah wajar RM4,500, kos paling besar ialah apabila memiliki kereta.

– Ia bukan sekadar ansuran kereta malah petrol, tol dan kos-kos penyelengaraan memiliki kereta yang boleh mencecah dua kali ganda ansuran.

– Memandangkan duduk di KL ada banyak pengangkutan awam, gunakan sebaiknya tanpa perlu membeli kereta.

– Dengan hanya satu tindakan tidak membeli kereta, banyak lebihan wang yang ada untuk menyimpan dan melabur.

BERKELUARGA

– Peningkatan daripada RM4,500 gaji wajar pasangan tanpa anak kpd RM6,500 bermakna kos menanggung seorang anak di KL ialah RM1,000 seorang.

– Jika RM6,500 sebagai pendapatan isi rumah yg wajar bagi keluarga beranak 2 orang, berapa agaknya pendapatan wajar untuk isi rumah di KL jika keluarga dengan anak 5 orang?

– Jika berdasarkan kiraan pertambahan RM1,000 untuk setiap anak, maknanya ia memerlukan RM9,500 keluarga yg mempunyai anak 5 orang.

– Dalam tahap ini, situasi makin mencabar. Di sinilah bermula “generasi sandwich” apabila anak-anak mula membesar dan ibu bapa di kampung bergantung kepada anak-anak mereka di KL

Apa pula komen anda?

Afyan Mat Rawi

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
POLITIK MATANG VS POLITIK BANGANG Tanda aras POLITIK MATANG ialah:…