fbpx

Anwar: The Untold Story” – Filem risiko yang mempengaruhi iklim politik negara

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 217Words
  • 324Views

Saya tabik kepada semua tenaga produksi yang berani menghasilkan filem ini, daripada penerbit, pengarah, pelakon dan semua krew.

Ia dibuat sebelum DSAI menjadi Perdana Menteri, dan siap untuk ditayangkan ke layar perak ketika beliau menjadi Perdana Menteri dengan jolokan PMX.

Ia satu risiko besar di kala suhu politik sangat hangat beberapa tahun ke belakang, dan tokoh-tokoh yang difilemkan majoritinya masih hidup.

Malah jika bukan DSAI yang menjadi PM sekarang, mungkin akan ada insiden lain berlaku.

Para produksi memang ambil risiko besar menerbitkan filem ini. Kalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan.

Di kala ini, pastinya para penyokong PMX akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan filem itu mendapat sambutan dan pecah panggung.

Manakala bagi pembangkang pula akan jadi sebaliknya, akan bersorak sekiranya sambutan filem ini hanya biasa-biasa.

Kejayaan dan kegagalan filem ini, sedikit sebanyak akan mempengaruhi sokongan dan iklim politik negara.

Saya tidak bercadang menonton filem ini. Namun saya harus bersikap adil terhadap kesungguhan produksi filem ini.

Teringat tahun lalu filem Mat Kilau yang berjaya mencatat sejarah perfileman negara apabila kutipan hampir RM100 juta, dan ia berjaya membawa naratif perpaduan Melayu dan hasilnya dilihat dalam PRU beberapa bulan selepas itu.

Dan kali ini bola berada di kaki “Anwar: The Untold Story” untuk memastikan filem ini mampu bersaing rapat dengan “Mat Kilau”.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
12 STEP BY STEP PANDUAN BEBAS HUTANG. STEP TERAKHIR PALING…