fbpx

Apa Akan Terjadi Jika Pendeposit Mengeluarkan Wang Mereka di TH ?

Sepintas lalu

  1. Jumlah wang pendeposit TH pada tahun 2017 ialah RM70.78 billion dengan 9.3 juta orang pendeposit.
  2. Secara purata, seorang pendeposit menyimpan sekitar RM7,610 di Tabung Haji. Nampak macam bagus, tapi secara realiti ia tidak begitu.
  3. Berdasarkan laporan daripada PricewaterhouseCoopers (PWC), pendeposit terbesar TH mempunyai simpanan RM190 juta!
  4. Dalam masa sama, sebanyak 1.3% pendeposit (sekitar 117,000 orang) menyumbang 50% simpanan daripada keseluruhan deposit RM70 billion di TH!
    Bermakna, 117,000 orang pendeposit tadi mempunyai simpanan purata RM299,145!
  5. Baki 98.7% pendeposit berjumlah 9.183 juta orang lain pula mempunyai simpanan baki RM35 billion.
  6. Bermakna, purata simpanan 9.183 juta orang pendeposit tadi ialah RM3,811 seorang! Jauh lagi hendak sampai kos minima untuk menunaikan haji!

PERSOALAN ⁉️⁉️

Apa akan terjadi jika ke semua pendeposit ini mengeluarkan wang mereka di TH dan hanya meninggalkan RM10,000 sahaja atas alasan bahawa TH hanyalah instrumen untuk membuat simpanan haji dan bukan untuk membuat keuntungan?

Bayangkan, jika 1.3% (117,000 orang) pendeposit tadi mengeluarkan wang mereka dan hanya tinggalkan RM10,000 seorang? 

Renung-renungkan & selamat beramal!!!

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com