fbpx

Apa Bezanya #eSeminarBMW Dengan #BMW3series?

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 285Words
  • 375Views

#eSeminarBMW

#eSeminarBMW adalah e-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW untuk belajar tentang perancangan kewangan.

Manakala #BMW3series pula e-learning untuk mengambil tindakan berdasarakan modul yang disusun dalam #eSeminarBMW.

Contoh mudah saya buat analogi begini.

#eSeminarBMW macam kita tonton ceramah kesedaran kesihatan atau baca berkenaan cara-cara menjaga kesihatan. Kita tahu berapa berat badan yabg ideal. Kita tahu apa makanan yang sihat dan tidak. Kita belajar cara menjaga kesihatan. Kita belajar kepentingan bersenam dan sebagainya.

 

#BMW3series

Manakala #BMW3series pula adalah proses “medical check up”. Kita buat check BMI, up darah, air kencing, tekanan jantung, aliran darah, kandungan gula dalam darah, dan sebagainya.

Berdasarakan laporan medical check up tersebut, kita akan tahu penyakit-penyakit yang ada dalam badan kita tanpa kita sedari. Kita juga tahu kalau dibiarkan, mungkin akan beri kesan buruk. Jadi, selepas itu kita boleh ambil tindakan yang sewajarnya untuk mendapat kesihatan dan berat badan yang ideal.

Begitulah….

#eSeminarBMW ialah proses pembelajaran perancangan kewangan. Kita tahu kepentingan aliran tunai. Kita sedar betapa penting pelan persaraan. Kita belajar tentang beza antara simpanan dan pelaburan. Kita juga tahu fungsi sebenar takaful. Kita tahu perancangan pusaka dan sebagainya.

Manakala dalam #BMW3series pula kita akan tahu sejauh mana kedudukan kewangan kita.

Adakah aliran tunai kita bagus atau tidak. Kita kesan di mana kebocoran yang berlaku. Kita tahu bahawa persediaan persaraan kita masih tak mencukupi. Kita sedar bahawa selama ini polisi takaful kita overpaid. Kita boleh rancang penyelesaian hutang piutang dan sebagainya.

Ia akan menjadi bluprint kewangan kita seterusnya kita boleh mengambil tindakan seperti kurangkan perbelanjaan, tambah pendapatan, tingkatkan simpanan, langgan takaful yang sesuai, buat wasiat dan sebagainya.

Begitulah bezanya.

Errrr…. Mudah nak faham tak analogi ini? Tolong bagi pandangan ya.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Beberapa tokoh dan influencer sudah review produk terbaru, #BMW3series Buku Manual…