Apa Dah Jadi Dengan Negaraku

Image result for cakap tak serupa bikin

Untuk jadi ahli politik yang berjaya, kena pandai JILAT.

Ada 2 jenis jilat.

1. Jilat orang atas untuk naik dalam politik.

2. Jilat balik lidah sendiri untuk cover tindakan politik.

Upacara jilat balik ludah sendiri sedang berlaku sekarang.

Yang paling best kali ini ialah, aku jilat ludah kau, kau jilat ludah aku.

– dulu desak turun, sekarang rayu untuk kekal
– dulu sokong sampai habis penggal, sekarang tarik balik

– dulu suruh bubar, sekarang marah orang lain minta bubar
– dulu sindir orang lain minta bubar, sekarang suruh bubar

– dulu tolak yuji, sekarang sokong yuji
– dulu cadang yuji, sekarang bangkang yuji

– dulu buat projek kerajaan pintu belakang, sekarang mati-mati bangkang kerajaan pintu belakang
– dulu halang projek keeajaan pintu belakang, sekarang usahakan kerajaan pintu belakang

– dulu keluar parti, sekarang gelar pengkhianat kepada orang yang keluar parti
– dulu marah orang yang lompat parti, sekarang bekerjasama dengan orang yang lompat parti

– ada yang baru letak jawatan, dapat balik jawatan tu
– ada yang taknak letak jawatan, tapi sebab orang lain letak jawatan terpaksa letak sekali

– semalam kutuk geng lawan ramai-ramai naik bas sekolah, hari ini geng sendiri ramai-ramai naik baz pesiaran

Semua dengan alasan “mandat rakyat” yang disulami dengan hujah dan dalil tersendiri.

Ada yang jilat balik 10 tahun lepas punya ludah . Ada yang baru sehari dua ludah, jilat balik.

Bukan senang nak ada skil ini.

Sungguh lucu sekali negeri ku.

Afyan Mat Rawi
Wakanda

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com