fbpx

Apa Kepentingan Takaful?

  • 4 years ago
  • 4Minutes
  • 633Words
  • 439Views

Banyaknya polisi dia…

Dari Fb Nur Aisya

Saya tak suka SEMBANG KASI BIMBANG. Haha.

Punyalah dah lama akak melanggan. Dari zaman Kuning sampai dah tukar biru.

Polisi-polisi ni saya miliki dah lama. Ada yang sebelum saya nikah dengan En somi lagi.

Dulu saya banyak hutang. Sebab salah pilih bisnes, salah pilih kereta, salah pilih kawan & hidup bermewah-mewah.

Namun begitu, dari dulu lagi saya dah ada kesedaran pasal protection @ perlindungan ni.

Saya fikir, jika saya tiba-tiba mati, adalah duit untuk family saya lunaskan hutang saya.

Saya letak keutamaan tentang ini.

Dari banyak-banyak tu ada 2 jer saya pernah tak teruskan bayar sebab saya penah diuji dengan kejatuhan bisnes yang teruk. Alhamdulillah dah diganti balik.

Dulu saya silap. Saya dahulukan anak-anak dan suami punya dulu.

Rupanya bila bab perlindungan ni, kena utamakan diri kita dulu dari orang lain.

Ada orang lebih sanggup bayar duit kereta mahal-mahal, beli handbag mahal, baju mahal, makan mewah, bercuti tanpa tengok poket sendiri, dari beli protection melindungi diri dan keluarga.

Mungkin kita tak guna sekarang, tapi kena bersiap sedia kalau apa-apa jadi supaya kita tak susahkan orang kalau sakit atau mati nanti.

Apa kepentingan takaful?

1. MEDICAL CARD: Tak payah keluar duit kalau masuk hospital.

Sayang oo, penat-penat simpan duit, tiber kena dialisis atau kena cancer, habis macam tu jer saving kita. Silap-silap harta lain pun habis untuk tampung perbelanjaan bil hospital.
.

2. INCOME REPLACEMENT. Sakit ni tak kira umur, kemalangan tak kira masa, kematian tak kira usia.

Kalau jadi apa apa boleh ganti pendapatan kita & kalau kita tiba-tiba tak boleh bekerja, tak menyusahkan keluarga kita.

Sebab kita masih ada duit yang boleh digunakan untuk menanggung diri kita sendiri. Orang yang jaga pun, ada senang hati oo 😃.
.

3. TABUNG PENCEN. Jika sihat, boleh jadikan second tabungan untuk masa tua kita selain EPF bagi orang yang makan gaji. Tak rugikan?
.

4. PERLINDUNGAN HUTANG. Jika mati mengejut, boleh jadikan pampasan tu untuk bayar hutang kita tanpa susahkan keluarga.

Dah pandai buat hutang, pandailah kita cari jalan supaya keluarga tak perlu bayar hutang kita, betui dak?
.

5. HIBAH. Boleh jadikan harta khas untuk isteri & isteri -isteri yang lain supaya tak bergaduh berebut aset yang prosesnya bila akan berakhir.

Jika ada pampasan khas untuk mereka, boleh lah mereka meneruskan kehidupan sementara mereka nak stabilkan diri.

Jika anda takda, mungkin pasangan kita boleh redha. Tapi jika pendapatan anda takda, mungkin mereka boleh jadi giler!

Takdalah merempat isteri & isteri-isteri. Mungkin juga suami, kalau kita tak siapkan protection yang cukup.

Aset lain pula, tak tahu bila selesai prosesnya.
.

6. TABUNG PENDIDIKAN. Boleh juga jadikan education fund untuk anak-anak supaya nanti tak perlu lah depa berhutang PTPTN. Kesian kat depa, belum kerja dah tanggung hutang.
.

7.SMART SAVING PLAN. Orang muda yang baru kerja jangan heboh nak beli kereta dulu.

Pastikan ada protection dulu. Kalau sakit takdalah susahkan mak ayah lagi. Dan kalau meninggal muda, adalah pampasan sikit untuk mak ayah. Tanda terima kasih depa besarkan kita.

Dik non, sebelum berbelanja mewah, siapkan semua ini dulu.

Letakkan bajet yang khas untuk takaful dulu atau insurance bagi non muslim.

Bak kata Jack Ma, kita tak akan miskin kalau beli insurance atau takaful ni. Tapi keluarga kita boleh jadi miskin sebab menanggung hutang yang kita tinggalkan jika kita takda takaful atau insuran.

Sebab sekali kita sakit atau meninggal dalam keadaan kita tak merancang dengan baik, mungkin kita meninggalkan beban yang besar dalam hidup mereka.

Kasihanilah mereka dengan mengasihani diri kita dulu.

Polisi di bawah termasuk untuk suami & anak-anak.

Suami dah bayar macam-macam untuk untuk kemudahan kami, jadi saya korbankan income saya untuk lindungi dia dan anak-anak. Adilkan? Janganlah berkira sangat dengan pasangan ni 😊

Apa yang saya share ni ada dikongsi oleh Tuan Afyan Mat Rawi. Boleh tengok link di ruangan comment untuk belajar lebih detail tentang kewangan ni.

Nur Aisya
Walk the talk. Doakan.

#Mudahnya #Uruswang
#UrusMasa

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
10 Keutamaan Ilmu Berbanding Harta (dikatakan ia daripada Saidina Ali)…