Apa Mimpi Mat Jenin Sebelum Mati?
Tadi saya kongsikan tulisan tentang cerita-cerita dongeng Melayu yang banyak SAD-ENDING.
Saya ambil contoh cerita Mat Jenin, Si Tanggang, Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Kaduk, Batu Belah Batu Bertangkup dan sebagainya – semuanya berakhir dengan kesedihan.
Rujuk status saya pagi tadi, dgn poster movie terbaru Upin & Upin yg menampilkan Mat Jenin yang nampaknya kacak dan bijak sekali.
Berbeza versi asal yang menggambarkan Mat Jenin seorang yang lemah dan suka berangan.
Sambung sikit pasal Mat Jenin tadi.
Dalam kisah asal, Mat Jenin mati lepas jatuh pokok kelapa.
Sebab, masa dia panjat pokok kelapa, dia bermimpi kahwin dengan anak raja.
⁉️SOALAN saya: Macamana orang boleh tahu Mat Jenin mimpi apa sebelum mati?
❓Jika cerita Si Tanggang, ada munasabahnya; orang nampak Si Tanggang jadi batu lalu cerita itu sampai dari mulut ke mulut. Atau ibu Si Tanggang bercerita kpd orang kampung dia telah menyumpah anaknya.
❓Jika cerita Batu Belah Batu Bertangkup, ada juga munasabahnya; mungkin Si Kantan dan Si Cempaka yg masih hidup ceritakan kisah mereka kepada orang kampung.
Begitu juga cerita-cerita lain, ada orang hidup yang membawa kisah tersebut kemudian ia menjadi dongeng dan mitos.
🤔 Tapi dalam cerita Mat Jenin, bagaimana orang boleh tahu mimpi Mat Jenin sebelum mati?
Siapa dapat jawab soalan misteri ini?
Soalan ini selalu saya ajukan dalam Seminar-seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW saya, setakat ini belum ada jawapan yg munasabah dan logik.
Abaikan faktor bahawa cerita itu hanya rekaan. Sebab semua cerita dongeng adalah rekaan tapi ada logiknya.
🎁 Siapa dapat jawab dengan logik dan munasabah, saya bagi hadiah istimewa:
🎉 Tiket percuma ke #SeminarBMW,
📗 ebook Bijak Merancang Wang,
📕 Buku Tersontot Di Pintu Shorga, dan
😁 Satu sesi personal coaching dengan saya selama 2 jam.
Boleh bagi jawapan
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran