Apa Yang Dapat Bila Mencarum Dengan Takaful?

Image result for what?

“Afyan, aku pelik la pasal takaful ni”

“Apa yang pelik?”

“Kalau tak berlaku apa-apa, takkan tak dapat balik duit tu? Membazir bayar bulan-bulan. Kan kita ambil utk dapat coverage? Kalau tak dapat coverage, patutnya boleh dapat balik duit caruman tu?”

“Itulah takaful, memang pelik. Ia lain dari yang lain. Apa yang kau dapat dengan takaful ialah coverage, yang kau takkan dapat kat tempat lain.”

“Tapi aku tak puas hati. Aku bayar Astro, dapat tengok TV. Aku bayar kereta, aku dapat drive. Kalau aku pergi kedai mama order rojak, bayar duit rojak, dapat makan rojak tu. Tapi aku bayar takaful bulan-bulan, dapat coverage. Habis tu kalau aku tak pakai sebab tak berlaku apa-apa, takkan tak dapat apa-apa?”

“Bro, kau subsrcibe Astro, sebulan kau tak tengok TV – boleh dapat balik tak bayaran bulanan ru?”

“Errr… Tapi Astro lain…”

“Kau beli kereta, kalau kat tak pakai sebulan, boleh dapat balik tak installment?

“Err…”

“Kau pergi kedai mamak, kemudian kau beli rojak. Lepas sejam kau tak makan rojak tu boleh tak kau minta balik duit kalau dah bayar?”

“Errr…. Ok, ok. Aku insaf”

“Nak aku bagi lagi?”

“Taknak dah. Huhu…”

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com