Apa yang “manusia” boleh belajar daripada Squid Game musin ke-3
APA YANG “MANUSIA” BOLEH BELAJAR DARIPADA SQUID GAME MUSIM 3?

Squid Game Musim 3 menutup tirai dengan satu penamat yang ramai tidak jangka.
Tidak seperti skrip drama biasa, tiada penjahat yang dibongkar besar-besaran, tiada kemenangan besar-besaran untuk wira utama, dan tiada penyatuan bahagia yang memuaskan hati.
Malah, hampir semua harapan penonton seperti diketepikan. Termasuk juga jangkaan saya
Watak-watak favorite penonton dimatikan awal, dan yang tinggal di game terakhir hampir semua watak sampingan yang tak perasan sangat kewujudan mereka dari musim 2.
Ia seolah-olah pengarah mahu tunjuk satu hakikat pahit tentang dunia sebenar.
Ramai menanti babak di mana permainan dihentikan oleh undian majoriti. Atau adegan dramatik detektif menyerbu pulau rahsia dan menggari Front Man.
Ada juga yang berharap semua pemain kegemaran terselamat hingga akhir dan pulang bersama sebagai wira.
Tapi bukan itu yang berlaku.
Dan di sinilah kekuatan ceritanya. Ia tidak memberi apa yang kita mahu, tapi apa yang kita perlu fikirkan.
1. PENGARAH BERJAYA MENGECOH SEMUA PENONTON
Pengarah berjaya membawa ending yang tidak langsung dijangka oleh penonton.
Sebelum ini ada banyak teori ending Season 3 yang viral, tapi semuanya tidak tepat.
Ramai sangka Gi-hun akan berjaya menamatkan permainan, membongkar sistem, dan keluar sebagai juara. Tapi sebaliknya berlaku.
Teringat pula masa pengarah filem Ejen Ali The Movie 2 pernah kongsikan bahawa mereka sentiasa membaca review penonton dan pengkritik.
Jika ada jalan cerita yang mereka rancang menyamai jangkaan atau tekaan penonton, mereka akan rombak jalan ceritanya. Mungkin itu juga yang berlaku dalam Squid Game Musim 3.
Setiap jangkaan dibalikkan, tapi dengan mesej yang lebih mendalam dan manusiawi.
2. GI-HUN SEORANG AYAH, BUKAN PEMBUNUH
Gi-hun diberi pilihan yang sangat besar, untuk ulang sejarah Front Man, mengambil kesempatan waktu semua lemah, dan menang dengan membunuh.
Tapi dia menolak.
Dalam situasi terdesak, dia masih memilih untuk kekal sebagai seorang ayah, bukan seorang pembunuh.
Dia pilih untuk jadi manusia, bukan pemenang atas mayat orang lain.
Kalau mahukan duit, dia tak perlu bersusah payah masuk kali kedua. Hadiah yang dia dapat sebagai pemegang terdahulu pun masih tak luak.
3. PENGORBANAN TANPA PENAMAT KEJAYAAN
Dalam banyak cerita, watak utama akan muncul sebagai penyelamat dunia.
Tapi Gi-hun tak berjaya hancurkan sistem. Tiada cip pengesan yang berfungsi. Tiada operasi rahsia yang berjaya.
Tapi pengorbanannya tetap besar.
Dia pertahankan janji. Dia utamakan nyawa bayi, bukan duit, bukan peluang selamatkan diri.
Dalam realiti, itu lebih bermakna daripada sekadar letupan dramatik.
4. TIADA PELUANG KEDUA UNTUK WIRA
Berbanding idea Gi-hun muncul sebagai juara kali kedua dan keluar bersama anaknya, kita diberi naratif lebih pahit.
Dia tidak keluar. Dia tidak menang.
Tapi dia berjaya mengekalkan satu perkara penting, maruah dan prinsip.
Dalam dunia yang terus menekan manusia dengan pilihan sukar, itu satu bentuk kemenangan.
5. DETEKTIF MASIH TERSASAR
Bukan semua watak pembantu muncul sebagai penyelamat besar.
Detektif yang dibayangkan akan muncul sebagai penyelamat utama masih gagal menjumpai pulau.
Sama seperti dalam dunia sebenar, kadang-kadang sistem terlalu kompleks untuk dihancurkan dengan mudah.
Ia bukan soal siapa betul atau salah, tapi siapa sanggup bertahan dalam perjuangan panjang.
6. FRONT MAN KEBENARAN YANG MENYAKITKAN
Front Man pernah menang.
Tapi apabila dia lihat Gi-hun membuat pilihan berbeza, dia mula runtuh.
Selama ini dia percaya semua manusia akan jadi tamak bila diuji. Tapi Gi-hun buktikan sebaliknya.
Itu lebih menghancurkan daripada kalah dalam permainan, apabila kepercayaan sendiri dipatahkan oleh orang yang enggan jadi seperti kita.
7. BUKAN PENAMAT YANG INDAH, TAPI LEBIH JUJUR
Bayangkan jika semua yang baik selamat, semua yang jahat mati, dan dunia kembali pulih.
Adakah kita akan percaya? Atau kita akan rasa ia hanya fantasi yang mudah dibaca?
Penamat Squid Game musim ini mungkin tak beri kepuasan, tapi ia beri kesedaran.
Bahawa dunia tidak semestinya adil, tapi kita masih ada pilihan untuk jadi manusia.
“Kita manusia, bukan kuda”.
8. KESIMPULAN: GI-HUN TAK PERLU MUSNAH BANGUNAN, CUKUP GOYANGKAN KEPERCAYAAN
Squid Game tidak musnah secara fizikal.
Tapi satu perkara penting telah retak, keyakinan bahawa semua manusia akan tunduk kepada ketamakan.
Gi-hun buktikan masih ada manusia yang sanggup berpegang kepada janji, walaupun dalam kesempitan.
Itu lebih kuat daripada kemenangan apa pun.
Dalam dunia di mana kita harap akan ada juara hebat yang datang menyelamatkan semua, Squid Game beri mesej berbeza.
Kadang-kadang, satu manusia yang berani buat pilihan berbeza sudah cukup untuk mulakan perubahan.
Selagi ada satu manusia seperti itu, sistem kejam seperti Squid Game tidak akan benar-benar menang.
Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran