“Ayah Nak Sarah Pakai Kasut Mana?”

“Ayah nak Sarah pakai kasut mana?” tanya Sarah waktu nak pergi sekolah tadi.

Siap susun kasut-kasut yang selalu dipakainya.

” Yang tu” sambil tunjuk yang di hujung sekali. Dalam gambar ini, yang hujung kiri.

Selipar itu asalnya sandal. Dah tercabut bahagian belakang pun masih kegemarannya. Sebab ada gambar Frozen.

Kemudian Sarah ambil dan acah-acah pakai.

Kemudian di letak tepi dan tanya lagi;

“Ayah nak Sarah pakai kasut mana?”

“Yang itu”, kali ini saya tunjuk yang paling kanan.

Sarah ambil, pakai dan mengeluh;

“Ketatlah”.

Seterusnya kali ketiga Sarah bertanya lagi;

“Ayah nak Sarah pakai kasut mana?”

“Yang itu”, saya acah-acah tunjuk.

Lalu Sarah pakai salah satu dengan gembira.

Begitulah Tuan-Tuan,

Orang perempuan dari azali memang begitu.

Mereka tanya kita / lelaki / suami / ayah soalan-soalan untuk mengesahkan pandangan mereka, bukan untuk mendapat pandangan kita.

Sebab, kalau salah nanti senang mereka nak cari kita balik kan? 😅

Afyan Mat Rawi
Ayah 5 anak

p/s: Teka, yang mana Sarah pilih? Berikan jawapan dan alasan paling munasabah.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com