Apa yang sebenarnya berlaku dalam MLM ini?

  • 4Minutes
  • 620Words
  • 3Views

Saya terima satu mesej ini (selepas dibaiki ejaan dan struktur):

“Salam Tuan Afyan.

Bolehkan Tuan reveal tentang satu lagi MLM bernama XXX? Ramai dalam kalangan cikgu dan penjawat awam yang sertai.

Bayaran sampai RM34,000. Kalau nak dengar plan mereka, kena beli barang berharga RM2,000.

Saya mohon Tuan Afyan dapat dedahkan. Memang ada ramai yang dapat income yang bagus, tetapi ramai juga yang jadi kambing hitam.”

Apabila terbaca nama syarikat tersebut, memang saya sangat terkejut.

Tak sangka, selepas lebih 10 tahun, rupa-rupanya masih wujud lagi syarikat ini.

Seingat saya, sejak lebih 10 tahun lalu sudah ramai yang mengadu dan viral ahli-ahli dan downline yang terpedaya dengan upline mereka dalam syarikat ini.

Jadi saya yakin, dalam kes ini syarikat sebenarnya tidak melakukan sebarang kesalahan yang boleh disabitkan di sisi undang-undang.

Saya juga percaya syarikat ini mempunyai lesen AJL yang sah, malah mereka perlu renew lesen tersebut saban tahun.

Jika syarikat scam, ia takkan mampu bertahan lama. Memang saya buat carian tadi, jumpa posting-posting lam di media sosial, blog serta forum-forum nama syarikat ini.

Saya sebenarnya malas nak dedahkan nama syarikat. Kang kena saman, bukan netizen yang sibuk komen tu nak bayar pun kos guaman.

Kalau ada peguam yang sanggup wakili saya di mahkamah secara pro bono, memang saya ready untuk dedahkan nama. Hahaha!

Lagipun macam saya katakan di atas, syarikat ini bukan syarikat scam dan ia ada lesen AJL yang sah di sisi undang-undang.

Jadi persoalannya, apa yang berlaku sebenarnya?

Jeng… jeng… jeng…

Yang berlaku ialah manipulasi oleh leader-leader MLM itu sendiri.

Bagaimana manipulasi ini boleh berlaku?

Inilah yang selalu jadi dalam industri MLM. Malah manipulasi juga boleh berlaku dalam mana-mana bisnes berbentuk networking, affiliate, Dan seumpamanya.

Syarikat ada lesen AJL, produk memang wujud, malah ada penasihat syariah pun. Jadi di atas kertas, semuanya nampak sah.

Tapi apabila sampai ke tangan leader, mereka ubah naratif. Produk hanya jadi “alas meja”. Fokus utama ialah rekrut orang baru.

Contohnya, downline disuruh buat pinjaman ribu-ribu seperti RM10,000, RM20,000 malah sampai RM30,000 untuk beli produk yang kononnya “stok permulaan”.

Produk itu sebenarnya tak habis pun digunakan. Akhirnya berlonggok di stor, di bawah katil, malah ada yang terpaksa dijual murah di Mudah.my.

Apa yang lebih menakutkan, model beginilah yang akhirnya bertukar menjadi money game. Di luar nampak MLM, tapi di dalamnya skim cepat kaya.

Malah, saya berani kata, bukan sahaja MLM yang boleh jadi begini. Industri takaful, unit trust, malah bisnes lain pun boleh jadi skim cepat kaya kalau leader tak bertanggungjawab dan hanya fikir “head hunting”.

Inilah punca ramai yang jadi kambing hitam. Segelintir leader kaut untung, majoriti terpaksa tanggung hutang.

Red flag yang perlu diperhati:

1. Kena bayar riban-riban untuk “starter kit” atau “stok permulaan”.

2. Produk tidak digunakan, hanya jadi alasan untuk rekrut orang baru.

3. Janji pulangan lumayan dengan cepat tanpa fokus kepada jualan sebenar.

4. Leader asyik tekankan rekrut downline, bukan kualiti atau kegunaan produk.

5. Produk bersepah tak terjual, terpaksa dijual murah di platform lain.

6. Ada unsur paksaan buat pinjaman peribadi semata mata untuk sertai.

Dan sebenarnya, ramai tidak tahu bahawa ada hak yang boleh digunakan.

Kalau ada agen yang wajibkan ahli baru beli starter kit dengan harga tinggi, kes ini boleh dilaporkan terus kepada Kementerian Dalam Negeri.

Selain itu, kalau ada ahli yang menyesal selepas menyertai, undang-undang memberikan tempoh sehingga 6 bulan untuk memulangkan semula produk yang tidak terjual.

Syarikat pula wajib beli balik produk tersebut dengan harga tidak kurang daripada 90 peratus daripada harga belian asal.

Maknanya, kalau beli RM10,000 produk tapi tak terjual, ahli berhak pulangkan semula dan syarikat mesti bayar balik sekurang-kurangnya RM9,000.

Inilah hak pengguna yang ramai tidak tahu. Jadi kalau ada yang terperangkap, jangan diam. Gunakan hak yang ada.

Kerana di luar nampak bisnes, tapi di dalamnya hanyalah skim cepat kaya yang akan memakan mangsa satu persatu.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Berdasarkan cara komen, saya yakin beliau bukanlah budak jahat. Tidak…