Kenapa Ramai Tidak Puas Hati Dengan Ustaz Ebit Lew

Image may contain: 1 person, possible text that says 'i BHARIAN.COM.MY Ebit henti agih bantuan lepas dipanggil polis KUALA LUMPUR: Pendakwah terkenal, Ebit Lew mengesahk...'

Sampai sekarang saya hairan kenapa usaha Ust Ebit Lew menjadi sasaran orang Islam yang tak puas hati dengannya?

Apa yang Ustaz Ebit Lew lakukan, kalau dalam gerakan missionary Kristian antarabangsa, terlalu banyak penggiatnya di seluruh dunia.

Gerakan missionary Kristian adalah gerakan global. Mereka bergerak dengan tersusun memberi sumbangan ke ceruk-ceruk kampung termasuk kawasan pedalaman orang asli yang orang Islam sendiri tak mampu masuk atau yang baru diislamkan.

Mereka memberi sumbangan dalam masa sama menyusup jarum dakyah mereka.

Ada funder dan ada aktivis yang menggerakkannya seluruh dunia.

Ada macam-macam strategi dilakukan dengan target golongan-golongan tertentu. Golongan cerdik pandai, lain cara mereka. Golongan hartawan, lain cara mereka.

Bagi golongan yang susah, miskin, pelarian – inilah cara mereka. Dengan cara memberi sumbangan secara konsisten sehingga penerima dari kalangan mereka yang sangat memerlukan menjadi malu alah apabila diajak menghadiri program di gereja.

Depa sanggup masuk hutan, meredah belantara, menongkah sungai – demi menjayakan misi Kristianisasi mereka.

Dan memang ramai pun yang menukar agama, termasuk orang Islam lantaran gerakan kebajikan begitu.

Benar kata Nabi “Kefakiran boleh membawa kepada kekafiran”.

Patut kita umat Islam perlu giatkan gerakan sebegini.

Tak mampu buat baik, jangan halang dia buat baik.

Afyan Mat Rawi

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi