Apa yang usahawan boleh belajar daripada kisah jatuh bangun bisnes Sdra Najib Assadok

  • 3Minutes
  • 554Words
  • 7Views

Saya yakin ramai yang sudah membaca tulisan daripada Sdra Najib Assaddok berkenaan jatuh bangun bisnesnya.

Saya juga baru kongsikan sebentar tadi tulisannya. Boleh skrol untuk baca tulisan asal dari empunya diri.

Ia adalah kisah sebenar tentang jatuh, hilang arah, bangkit semula, dan akhirnya temui makna baru dalam perjalanan hidup serta bisnes.

Saya tahu beliau pernah terpalit beberapa kontroversi sebelum ini, terutama dikaitkan dengan bisnes jual air liur sebagaimana mentor bisnesnya, Azizan Osman.

Tapi dalam masa sama, ramai juga yang dapat manfaat daripada program-program yang beliau anjurkan.

Hari ini ALLAH uji beliau, tidak mustahil akan datang kita juga sama hadapi.

Daripada kisah ini, ada beberapa pelajaran besar yang kita boleh ambil sebagai pengajaran untuk usahawan.

1. MENGAKUI KELEMAHAN ADALAH SATU KEKUATAN

Sdra Najib tidak cuba menyalahkan orang lain apabila bisnesnya jatuh.

Beliau mengaku kesilapan sendiri sebagai leader, termasuk salah urus cashflow, komisyen terlalu tinggi, dan membuat keputusan kewangan berdasarkan ego.

Kesedaran ini menunjukkan bahawa langkah pertama untuk bangkit ialah berani mengaku kelemahan.

2. SUMBER KEKUATAN SEBENAR DATANG DARIPADA ALLAH

Turning point Sdra Najib bukan apabila mencari strategi bisnes baru, tetapi apabila bersujud dalam tahajud, mengadu, dan menyerah kepada Allah.

Ini mengingatkan kita bahawa kekuatan sebenar bukan sekadar ilmu atau strategi, tetapi hati yang kembali bergantung pada Tuhan.

3. BERANI BERMULA SEMULA DARIPADA KOSONG

Sdra Najib bermula balik dengan team kecil, malah buat semua benda sendiri, daripada live host, edit video, tulis skrip, hinggalah design gambar.

Ini mengajar saya bahawa jika mahu bangkit, jangan malu bermula dari bawah walaupun sudah lama dalam industri.

Ego tidak akan selamatkan bisnes, tetapi kesanggupan untuk belajar semula akan.

4. POTONG APA YANG TIDAK PERLU UNTUK SELAMATKAN APA YANG PENTING

Sdra Najib berani jual kereta mewah, potong gaji sendiri, hentikan projek tidak untung, walaupun pedih.

Ini mengingatkan kita bahawa survival bisnes kadang-kadang perlukan pengorbanan besar untuk selamatkan masa depan.

Pembelian kereta itu mungkin adalah yuran pembelajaran besar dalam hidupnya, direct daripada Allah.

5. JANGAN TUNGGU SEMUA ORANG PERCAYA, PERCAYA DULU PADA DIRI SENDIRI

Ketika Sdra Najib mula explore TikTok, ramai yang tidak sokong.

Ada team lama yang hilang semangat, ada yang tinggalkan.

Tetapi Sdra Najib percaya dulu walaupun seorang diri, dan itulah yang bawa perubahan besar.

6. DOA ORANG YANG TULUS ADALAH BAHAN BAKAR KEBANGKITAN

Sdra Najib berkongsi tentang doa ibu, mertua, isteri, mentor dan sahabat-sahabat soleh yang tak pernah berhenti mendoakan.

Ia mengingatkan kita bahawa kejayaan bukan hanya tentang usaha, tetapi juga tentang keberkatan doa orang sekeliling.

7. KEJATUHAN BUKAN PENAMAT, TETAPI PERMULAAN

Sdra Najib mengingatkan bahawa saat paling gelap bukan penamat, tetapi titik di mana Allah mula pisahkan kita daripada benda yang tidak perlu, untuk sambungkan kita dengan jalan sebenar.

Kisah ini membuat saya sedar bahawa jatuh bukan malapetaka, tetapi peluang untuk kenal diri, reset semula niat, dan bina semula dengan lebih kukuh.

8. KEBENARAN PERLU DIPERJUANGKAN WALAUPUN KETIKA LEMAH

Dalam keadaan sedang bangkit, Sdra Najib difitnah dan dibawa ke mahkamah.

Beliau tidak diam, beliau lawan ikut jalan yang benar hingga kebenaran terbukti.

Ini mengajar kita bahawa integriti bukan hanya ketika senang, tetapi diuji ketika kita sedang rapuh.

Daripada semua ini, pelajaran paling besar ialah jangan pernah takut untuk mula semula, walaupun seorang diri.

Bangkit perlahan tidak mengapa, asalkan tidak berhenti.

Kerana suatu hari nanti, kita akan pandang semula dan berkata, “Alhamdulillah aku tak putus asa waktu itu.”

Afyan Mat Rawi

Juga seorang usahawan yang biasa kena kecam “jual air liur”.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Saya terbaca satu posting daripada seorang ustaz selebriti yang memohon…