fbpx

Apakah hukum pelaburan emas yang ditetapkan bonus?

  • 1 year ago
  • 3Minutes
  • 485Words
  • 168Views

HUKUM PELABURAN EMAS YANG DITETAPKAN BONUS

Dalam kitab Fiqh Manhaji, pelaburan dikenali sebagai qirad atau mudharabah yang membawa maksud pelabur atau pemodal memberikan hartanya kepada amil atau pengusaha untuk menguruskan hartanya. Seterusnya keuntungan yang diperolehi akan dibahagi sesama mereka sepertimana yang telah disepakati di dalam akad yang telah dibuat.

Antara dalil-dalil yang menunjukkan kepada pengharusan muamalah pelaburan ini adalah daripada hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abbas R.Anhuma daripada bapanya al-Abbas bin Abdul Mutalib RA:

Maksudnya: “Apabila dia menyerahkan harta untuk pelaburan, dia akan meletakkan syarat kepada sahabatnya iaitu dia tidak boleh membawa barangan ini melalui laut dan melalui lembah dan tidak menggunakan harta ini untuk membeli haiwan yang mempunyai hati yang lembab (masih hidup). Jika dia melakukannya juga, dia perlu menggantikannya. Syarat ini telah disampaikan kepada Rasulullah SAW dan Baginda membenarkannya.”

(Lihat Sunan al-Kubra al-Baihaqi no 11611 dan Darqutni no 3081)

Seterusnya hadis daripada Suhaib RA bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Ada tiga perkara yang diberkati iaitu jual beli secara hutang, muqaradhah dan mencampurkan gandum dan barli untuk kegunaan rumah bukan untuk dijual.”

Riwayat Ibn Majah (2289)

Sebelum kami mengupas dengan lebih lanjut berkaitan permasalah diatas, suka kami nyatakan rukun-rukun pelaburan yang telah digariskan dalam Islam. Antaranya ialah, pertama lafaz (sighah) iaitu penawaran (ijab) dan persetujuan (qabul), kedua Dua pihak yang berkontrak iaitu pelabur dan pengusaha dan ketiga ialah, modal yang diberikan oleh pelabur kepada pengusaha.

Manakala terdapat beberapa syarat sah sesuatu pelaburan yang telah dinyatakan dalam syariat Islam antaranya ialah pengusaha bebas melakukan apa-apa urusan perniagaan tanpa disyaratkan oleh pelabur. Seterusnya, keuntungan yang diperolehi dari hasil pelaburan hanya dikongsi antara pelabur dan terakhir ialah pengusaha mestilah bebas menguruskan modal dan bekerja dan bekerja.

Berdasarkan kepada syarat-syarat sah sesuatu pelaburan, terdapat syarat yang menyatakan bahawa keuntungan yang diperolehi dari hasil pelaburan tersebut mestilah dibahagikan antara pelabur dan pengusaha.

Dalam kitab Fiqh Manhaji mengatakan bahawa tidak sah sesuatu pelaburan itu jika kadar keuntungan yang bakal diperolehi oleh salah satu pihak ditentukan menurut kadar jumlah tertentu. Contohnya dalam akad tersebut menyatakan bahawa pelabur akan memperolehi keuntungan bulanan berjumlah RM 100 atau 5%.

Hal ini jelas bertentangan dengan konsep pelaburan yang sebenar yang telah ditetapkan oleh Islam kerana kita tidak mengetahui kadar keuntungan sebenar yang akan diperolehi dari sesuatu perusahaan tersebut.

Jika ditelusi dengan lebih mendalam lagi, kontrak pelaburan seperti ini telah berubah menjadi kontrak pinjaman yang mengandungi riba disebabkan pengusaha telah menjamin secara mutlak deviden yang akan diterima oleh setiap pelabur. Justeru kontrak seperti ini jelas menyalahi sistem muamalat Islam yang telah digariskan dalam syariat berdasarkan kepada satu kaedah :

Maksudnya : “Setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat (bagi pemberi pinjam) maka ia adalah riba.”

Oleh sebab itu pelaburan yang dijalankan ini jelas tidak sah dan harus dijauhi oleh pelabur-pelabur. Akhir sekali, semoga Allah mempermudahkan segala urusan seharian kita dalam memahami dan mempelajari ajaran agama Islam ini. Amin.

Gambar sekadar hiasan.

Bacaan penuh di website Mufti Wilayah Persekutuan AL-KAFI #568 : HUKUM PELABURAN EMAS YANG DITETAPKAN BONUS

Sumber dari Fb Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Masa mula-mula saya menyertai bisnes takaful pada tahun 2003 dulu,…