Aplikasi Muslim Pro Dimiliki dan Dibangunkan Oleh Non-Muslim
Saya baru uninstall aplikasi Muslim Pro, yang sudah digunakan bertahun-tahun selepas mengetahui rupa-rupanya ia dimiliki dan dibangunkan oleh non-Muslim.
Malah saya memakai versi yang berbayar ketika saya menunaikan haji pada tahun 2017 dengan menyangka ia membantu developer apps Muslim.
Selepas uninstall, saya gantikan dengan aplikasi My Solat yang dibangunkan dan dimiliki oleh Kerajaan Malaysia.
Tambahan pula, waktu subuhnya lebih tepat dengan perubahan yang digezetkan tempoh hari.
Ia sebagai tanda sokongan terhadap kempen Buy Muslims’ First.
Dari satu sudut, kita kena belajar kebijaksanaan orang non-Muslim dalam strategi bisnes. Merakam bangunkan produk yang diperlukan oleh orang Islam untuk pasaran orang Islam. Walaupun mereka tak perlu dan tak gunakan pun produk tersebut.
Mereka memahami pasaran dan mengeluarkan produk yang diperlukan oleh pasaran. Siap gunakan tulisan jawi dan ayat Quran sekalipun mereka tidak suka dan tidak percaya.
Bukan seperti sesetengah usahawan yang syok sendiri bangunkan produk yang diri sendiri suka tapi belum tentu ada pasaran.
Ayuh, BMF.
Tak nak uninstall Muslim Pro pun takpa. Paling kurang dpt install MY SOLAT.
Install aplikasi MY SOLAT secara automatik menyokong kempen BMF dan sekaligus kempen menyokong produk tempatan. Dalam masa sama ia juga tanda sokongan kepada kerajaan Malaysia. Hoho!
Jika rakan-rakan ada aplikasi yang bagus dibangunkan oleh orang Muslim, boleh kongsikan di ruang komen.
Dan jangan lupa share posting ini.
UPDATE: Ada yg pertikai, kenapa nak boikot? Kenapa tak uninstall sekali FB? Saya jawab di artikel ini
UPDATE2: Applikasi ini turut ada saham orang Islam. Ada yang berpandangan ia masih produk Muslim dan tetap BMF. Saya mempunyai sedikit pandangan berbeza. Baca artikel di sini
Afyan Mat Rawi, IFP
Bekas Bapa BMF Kebangsaan (self claim)
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran