fbpx

Arwah Zulfarhan dan air mata seorang ibu: Di mana letaknya keadilan?

  • 2Minutes
  • 392Words
  • 77Views

Sedih saya membaca berita ini, betapa seorang ibu mengharap keadilan untuk anaknya yang menjadi mangsa kekejaman orang lain

Saya tak sanggup untuk menonton video ibu arwah Zulfarhan.

Dalam sistem perundangan sivil, terdapat beberapa bentuk hukuman yang boleh dikenakan jika seseorang didapati bersalah dalam jenayah bvnvh

1. Hukuman gantung sampai mati

2. Hukuman penjara

3. Hukuman denda

4. Pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong (bagi kes tertentu selepas menjalani hukuman)

Bandingkan pulangan dengan Undang-Undang Syariah.

Dalam Islam, kes bunuh mempunyai tiga bentuk hukuman utama:

1. Qisas (bunuh balas)

2. Bayaran diyat (ganti rugi kepada keluarga si mati)

3. Pengampunan oleh keluarga mangsa

Ketiga-tiga hukuman ini adalah pilihan kepada keluarga mangsa, selepas perbicaraan yang adil dan saksama dilakukan oleh mahkamah.

Hak membuat keputusan diberikan kepada keluarga mangsa, bukan semata-mata kepada pihak mahkamah.

Apa manfaat bunuh balas (qisas)?

Menggerunkan masyarakat supaya berfikir dua kali sebelum melakukan jenayah berat seperti membvnvh.

Menghormati hak keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang akibat kezaliman orang lain.

Apa manfaat bayaran diyat?

Pampasan kewangan membantu keluarga mangsa yang mungkin kehilangan pencari nafkah utama.

Memberi keadilan dari sudut ekonomi dan sosial, mengurangkan kesan kemat!an terhadap kesejahteraan keluarga mangsa.

Ia mirip konsep “income protection” dalam takaful, di mana kehilangan pendapatan seseorang digantikan dengan pampasan yang membantu keluarga yang ditinggalkan.

Apa manfaat hukuman penjara dalam undang-undang sivil?

Tempat mengumpulkan penjenayah, tetapi sering menjadi “universiti jenayah” di mana mereka bergaul dengan penjenayah lain dan keluar dengan lebih licik.

Semua kos makan, minum, dan tempat tinggal ditanggung oleh kerajaan menggunakan cukai rakyat.

Difahamkan kos menanggung seorang banduan mencecah RM50 sehari, yang diambil daripada cukai yang dibayar oleh rakyat.

Adakah masyarakat redha jika wang cukai digunakan untuk membiayai kehidupan penjenayah di penjara?

Apa manfaat hukuman denda?

Denda dibayar kepada kerajaan, bukan kepada keluarga mangsa.

Kerajaan mendapat manfaat, tetapi keluarga mangsa tidak menerima apa-apa pampasan langsung.

Nampak tak perbezaan besar antara undang-undang sivil dan syariah?

1. Dalam undang-undang syariah, hak untuk menentukan hukuman selepas perbicaraan adil diberikan kepada keluarga mangsa.

2. Dalam undang-undang sivil, hak menjatuhkan hukuman terletak pada mahkamah, bukan keluarga mangsa.

Maqasid syariah dalam kes ini adalah menjaga kebajikan keluarga yang kehilangan ahli keluarga, bukan sekadar menghukum pesalah.

Jika anda adalah keluarga mangsa, hukuman mana yang anda rasa lebih memberi keadilan?

Sistem mana yang lebih menepati fitrah manusia, memastikan keadilan bukan hanya kepada keluarga mangsa, tetapi juga kepada keluarga mereka yang ditinggalkan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
DIVIDEN KWSP 2013-2024 Berikut adalah kadar dividen KWSP bagi tempoh…