Cerita di atas tak habis. Kedai A dan Kedai B sudah berpakat. Selepas Kedai B beli balik secara ansuran dengan Abu, Kedai B berikan balik gula-gula kepada Kedai A. Kemudian Kedai A jual balik kepada Isteri Abu 10 biji dengan harga RM10 dan Isteri Abu jual pula kepada Kedai B dengan harga RM6.60. Itulah yang
Selesai siang tadi program TTC-01 (Training The Consultant – Module 1) untuk melatih perunding-perunding baru INFAQ Consultancy. Ini pertama kali diadakan memandangkan sambutan menyertai INFAQ Consultancy semakin menggalakkan beberapa terakhir ini. Antara modul yang digunakan merangkumi; – Bagaimana menggunakan Financial Model Intelligence and Financial Quotient (IQ + FQ = INFAQ) – Cashflow dan Nettworth –
Apabila anda melanggan takaful dan kemudiannya ditimpa musibah seperti masuk hospital, atau sakit, soalan yang akan ditanya ialah; “Bilik harga berapa saya boleh masuk?” “Berapa limit kad medical saya cover?” “Berapa elaun hospital yang saya akan saya dapat”. Jika berlaku kematian, waris akan tanya; “Berapa coverage arwah yang akan dapat kepada keluarga waris?” “Berapa lama
Kenapa orang masih minum minuman 3 dalam 1 sedangkan semua sudah maklum keburukannya? Sebab, branding. Branding ialah aktiviti promosi dan marketing. Tidak ada kaitan langsung dengan produk. Promosi di TV, akhbar, radio, billboard, majalah dan sebagainya memang merupakan strategies ampuh mereka. Apabila keluar artikel, kajian, pengalaman yang negetif tentang keburukan minuman 3 dalam 1, mereka
12 perkara penting yang perlu anda baca dan fahami pada polisi medical card anda. 1. KADAR SUMBANGAN, ia akan meningkat dalam tempoh tertentu. Setakat ini belum ada medical card yang kadar bayarannya tetap. Ini kerana kos perubatan sentiasa meningkat. 2. KO-TAKAFUL, bayaran yang perlu dibayar oleh pelanggan sekiranya dimasukkan ke hospital. Mungkin ada, mungkin
Tip hari Isnin, no 8 paling ohsem. Seperti biasa, warga kota akan berhadapan kesesakan lalulintas pergi dan balik. Hendak berikan cadangan kepada pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya, sudah banyak rasanya. Lagi pula ia di luar kemampuan kita untuk membuat perubahan. Tapi sebenarnya ada banyak cara untuk berhadapan sekaligus mengelak dari berhadapan kesesakan
Rakyat Malaysia bertuah, kerana ada hampir 40 syarikat pengurus dana atau lebih dikenali dengan unit trust. Majoriti rakan-rakan yang memberi respon dalam status-status sebelum ini, hanya kenal satu dua syarikat sahaja. Tentu Tuan-Puan juga biasa dengar dan lihat juga bukan? Sebagai pengguna, kita boleh menggunakan beberapa tools seperti Lipper Table untuk membuat penilaian prestasi sesuatu
Merancang Persaraan, Mula Dari Sekarang Dengan membuat pelaburan RM100 sebulan hingga usia persaraan pada 60 tahun, dengan pulangan purata 10%, memberi jumlah yang berbeza bergantung bila anda mulakan simpanan. Jika ia bermula pada 25 tahun, ia boleh mencecah RM325,000++ dana persaraan pada usia 60. Jika lewat 5 tahun, bermula pada usia 30, jumlah tersebut menjadi
Ada beberapa perkara di dalam isu ASB loan ini, dan saya bahagikan kepada 2 perkara asas: 1. Keuntungan 2. Patuh syariah 1. KEUNTUNGAN Dalam mana-mana pelaburan, tiada pelaburan yang semua pelabur untung dan tiada pelaburan yang semua pelabur rugi. Dan biasanya ramai org yang rugi atau balik modal berbanding untung besar. Termasuklah dalam
Prinsip ini terpakai dalam mana-mana pelaburan. Jika melabur, jangan melabur pada satu jenis pelaburan sahaja. Pelbagaikan. Jika melabur saham, jangan melabur dalam satu saham sahaja. Pelbagaikan kaunter. Jika melabur dalam hartanah, jangan melabur dalam satu jenis hartanah. Dalam hartanah, lagi banyak kepelbagaian yang ada – Ada pelaburan melalui sewa, pelaburan melalui flipping, melalui apartment, melalui