fbpx

Author: Afyan

Bisnes Restoran Mamak

Ya, restoran mamak memang mempunyai ciri-ciri tertentu antara satu sama lain yang membezakan restoran-restoran mamak dengan restoran-restoran lain; Lokasi. Sebelum Donald Trump mempopularkan perkataan “Location, location, location!” lagi, mamak telah menitikberatkan soal lokasi. Pernahkah saudara melihat restoran mamak? Lihat sahaja di Kuala Lumpur, Restoran Pelita, Restoran Thaqwa, Restoran Esfan, dan lain-lain lagi pastinya lokasinya PASTI di

Cari Duit Lebih? Jangan lupa poket yang bocor

(Perkataan “bocor” pada tajuk ini tiada kaitan dengan isu bocor di parlimen baru-baru ini – afyan) Kadang-kadang saya ditanya oleh kawan-kawan, terutama junior-junior yang baru grad daripada kampus. “Macam mana nak cari duit lebih ye?” (Sebagaiman yang ditanya oleh Sdr Zarifi di ruangan sembang blog ini) “Aku dah tak tau nak buat macamana lagi. Siang

Tragedi selepas pulang daripada kedai mamak

(Sempena heboh kedai mamak naikkan harga sesuka hati) Satu hari saya saya keluar dari kedai mamak, datang seorang kawan. “Eh, berani kau makan kat sini?” “Kenapa?”, tanya saya kembali “Kau tak tau ke, dah heboh orang cerita”, katanya dengan bersungguh-sungguh. “Cerita apa? cakap lah betul-betul”, gesa saya. “Syyyy… jangan cakap kuat-kuat. Nanti orang dengar”, katanya

Naik RM 0.30 dikompaun

Kesian baca berita “Dikompaun RM22,500 — Restoran jual Milo ais RM1.80 dikenakan denda maksimum” di dalam Utusan Malaysia hari ni.  Kedai mamak naikkan harga milo RM 0.30, kedai tu kena kompaun. Mamak jual nasi kandar naik harga RM 0.30, mamak tu  kena kampaun. Peniaga roti canai naik RM 0.30, peniaga kena kompaun. . . . .  Petrol

Tips Menghadapi Jurujual

Membaca entri “Tipu”, di dalam blog http://alamsaujana.blogspot.com memb eri saya idea utnuk memberi tips ini. (Bukan senang ‘jurujual paip’ memberi tips-tips sebegini kepada pelanggan. Kira bocor rahsia lah ni 🙂 ) 1. Penjual selalunya menggunakan tektik dengan memberi tawaran atau iklan yang ‘tidak sanggup kita tolak’ seperti: “HANYA HARI INI SAHAJA” Apabila ditawarkan begini, jangan terburu-buru membuat

Sifu PTS Adalah Sifu Bisnes!

Selain buku “Memulakan Bisnes Sendiri”, saya mempelajari cara bisnes melalui tulisan-tulisan Puan Ainon di blog universitipts.com. Antara yang menjadi pedoman saya, sebagaimana di dalam entri beliau berkenaan cara bisnes nabi Muhammad S.A.W. Paling saya pegang ialah; Usahawan mesti pandai mencipta peluang, BUKAN MEREBUT PELUANG! Hidup Sifu!

Tragedi di CC

Di sebuah CC di Gombak. Ketika sedang update blog afyan.com Sedang jemari saya menari-nari di keyboard, dan mata saya khusyuk menatap monitor, datang seorang hamba Allah, “Bang, pinjam lighter ni jap”, katanya sambil menunjukkan jari ke arah ‘lighter’ saya. “Maaf, ni bukan lighter, ni thumb-drive”, jawab saya. Hamba Allah itu terus berlalu.

RM 100,000.00?? Berapa lama mau dapat?

Jika anda konsisten mengumpul RM 100.00 sebulan, berapa lama duit tersebut akan menjadi RM 100,000.00? Cara pengiraannya ialah 100 000 dibahagikan dengan 100, jawabnya 1 000. Maknanya, dengan konsisten menyimpan RM 100.00 sebulan, seseorang perlukan masa selama 1000 bulan untuk mengumpul RM 100,000.00. Ini dengan andaian duit tersebut tidak dikeluarkan sepanjang tempoh 1000 bulan tersebut.

Ibu Mertuaku (2007)

“Kassim Selamat???? Siapa Kassim Selamat??”jerkah Nyonya Mansor. Sabariah teresak-esak. “Siapa Kassim Selamat? Lawyer? Majistret?” jerkahnya lagi apabila melihat anak perempuan tunggalnya hanya menangis. ”Ejen takaful,” jawab Sabariah di dalam sendunya. “Apa???? Ejen takaful ??!!!!”terperanjat besar Nyonya Mansor. “Pantang nenek moyang aku berkahwin dengan ajen takaful!” jerit Nyonya Mansor kepada Sabariah. “Tapi mak…!¦” Sabariah merintih. “Tak