fbpx

Tips Menghadapi Jurujual

Membaca entri “Tipu”, di dalam blog http://alamsaujana.blogspot.com memb eri saya idea utnuk memberi tips ini.

(Bukan senang ‘jurujual paip’ memberi tips-tips sebegini kepada pelanggan. Kira bocor rahsia lah ni 🙂 )

1. Penjual selalunya menggunakan tektik dengan memberi tawaran atau iklan yang ‘tidak sanggup kita tolak’ seperti:

“HANYA HARI INI SAHAJA”

Apabila ditawarkan begini, jangan terburu-buru membuat keputusan. Tak percaya? Cuba datang lagi esok, dan esoknya, dan esoknya, dan esoknya. Pasti tawaran tersebut akan berulang.

“SEMENTARA STOK MASIH ADA”

Percayalah, sebenarnya stok yang ada terlalu banyak. Jika sememangnya stok yang terhad, percayalah stok yang berkualiti sudah tiada.

“POTONGAN SEHINGGA 90%”

90%???? Sememangnya 90% potongan akan dibuat daripada akaun poket anda sekiranya anda percaya!

2. Sekiranya anda didatangi atau menerima panggilan daripada jurujual, ada beberapa tindakan atau ayat-ayat yang telah dijangka oleh jurujual tersebut, seperti;

“Takpelah, saya dah pernah beli dulu”

Jurujual tersebut selalunya akan menawarkan untuk ia dibeli kepada anak atau isteri atau pakcik atau makcik atak nenek atau mak lang atau jiran sebelah atau sepupu atau anak sedara atau sesiapa sahaja…

“Nanti saya fikirkan dulu”

Jurujual akan respon; “tawaran ni hari ini sahaja, jika tidak encik akan rugi” atau “mungkin apabila encik ingin mendapatkannya, produk ini sudah tiada lagi”.

“Saya tidak ada duit sekarang”

Jurujuaal akan respon “jadi saya jumpa encik balik pada awal bulan depan selepas gaji masuk”.

3. Jadi, elakkanlah dialog-dialog di atas. Kalau anda memang tidak senang dengan kehadirannya, sebaik sahaja dia menyapanya, jawab sahaja, “Maaf, saya tidak mahu”.  Untuk pengetahuan, ayat ini adalah ayat keramat yang boleh mengelakkan diri anda daripada seterusnya dipengaruhi oleh jurujual tersebut.

Peringatan: jangan gunakan ayat tersebut apabila saya yang mendatangi anda, sebab saya bukan jurujual 🙂

(bersambung)

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com