“Ayah Suka Hijau, Ayah Sokong Rumah Hijau Ya”

“Ayah suka hijau, ayah sokong rumah hijau ya”, kata si ayah.

“Yeay!” Danial tersenyum keseronokan.

“Tak boleh. Ayah kena sokong rumah biru!”, Zulaikha tak puas hati.

“Ok la, ayah sokong rumah biru hari ni”, Ayah cuba mengalah.

“Eh, mana boleh? Rumah hijau la” bentak Danial.

“Takkk. Rumah biru!” Zulaikha turut membentak.

“Ok la. Apa kata gini. Rumah hijau dengan rumah biru bergabung. Kalahkan rumah merah dengan rumah kuning?”

“Ehhh…. Boleh ke???” Danial dan Zulaikha kehairanan.

Dan tiba-tiba Sarah menyampuk.

“Ayah kena sokong rumah kuning sebab Sarah rumah kuning!”

Si ayah mengalah.

Pakai baju hijau, seluar biru, topi kuning. Topi tiada dalam gambar.

Tahun depan nak kena buat rayuan supaya semua anak-anak duduk dalam rumah sukan yang sama.

Memupuk perpaduan ummah sentiasa ada cabarannya.

Mana mungkin semua manusia bersatu atas semua perkara.

Dan mana mungkin mampu memuaskan hati semua pihak.

Perbezaan sepatutnya diraikan, bukan dijadikan punca perbalahan.

Mungkinkah kita mampu membina perpaduan dalam perbezaan?

Biar berbeza warna rumah, jangan berbeza aqidah.

Semoga anak-anakku tidak tersalah memilih warna kehidupan apabila dewasa nanti.

Afyan Mat Rawi
Catatan di hari sukan sekolah anak.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi